3.16.2012

Peluang melabur projek Mini Perpustakaan Sekolah Tahfiz


Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Mini Perpustakaan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) Seremban sila salurkan melalui :

Nama akaun : SRI DARUL ULUM

No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau sila hubungi :

019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi

019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

e-mel : sriitahfizdarulum@yahoo.com

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)

No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,

Taman Rasah Jaya,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan

Laman web : www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum

3 comments:

Anonymous said...

sekadar beri pdgn, mgkin boleh dieja "Seri" bukan Sri ( kerana lebih kepada kehinduan). Seri menepati ejaan melayu dan maksud yg baik. maaf krn beri pandangan peribadi. saya sokong usaha sekolah ini dan moga diberkati Allah jua.

Anonymous said...

mungkinkah pihak pusat pengajian ini dapat mengusahakan kelas santai untuk kaum wargamas ( akan dan sudah pencen)untuk menghabiskan masa tua dgn pengajian ilmu dan beramal. Kiranya tiada kelas2 ala pondok di negeri ini yg boleh dimanfaatkan oleh kami wargamas. Kelas santai yg saya maksudkan ialah pengajian 'tidak terlalu formal/ berat' tetapi boleh menarik ramai kaum wargamas yg ingin mendekati Allah ketika usia semakin meningkat ini. Ada rakan-rakan yg pergi memondok di utara dan kelantan, alangkah baiknya jika pihak tuan dpt memulakannya di sini. Cari bangunan/rumah yg sesuai dan menyediakan program spt membaca alquran ( ramai yg masih merangkak membaca), tafsir, ilmu fiqh dan tassawuf dll. saya rasa sumbangan infak para jamaah tua yg berpencen ini mgkin mampu membantu para pengajar. Kalau boleh ada guru tareqat utk majlis zikir mingguan. terima kasih krn sudi melayani komen saya.. 0172397374

Anonymous said...

Sri itu adalah singkatan Sekolah Rendah Islam