11.11.2008

Kursus Profesional untuk Guru SARA dan KAFA

KURSUS PROFESIONAL GURU SRA / KAFA SEKOLAH NOV-DIS 2008

Pakej Kursus (Nov-Dis 2008)
Kursus 1 Hari : RM1800.00 ( untuk 40 – 60 orang peserta )
Kursus 2 Hari : RM 2500.00 ( untuk 40 – 60 orang peserta )

Masa kursus : 9 pg - 5 ptg
Harga pakej termasuk buku & bahan kursus
Harga pakej boleh dirunding dan diperolehi daripada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri

Dikendalikan oleh :
E-Rehal Training and Services Sdn Bhd (779798 A)
11B, Jalan 15/1B, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 43600 Bangi, Selangor
Tel: 03-8920 1110 , HP: 017-646 1750
Fax: 03-8926 7439
Emel: sdeen2001@yahoo.com

FOKUS: "Kaedah dan Teknik Pengajaran Berkesan"

Pendidikan yang berkesan bergantung kepada banyak faktor, namun faktor guru merupakan faktor yang sangat signifikan dalam mempengaruhi kejayaan sesuatu sekolah dan kejayaan anak-anak. Kajian menunjukkan guru yang mempunyai sikap yang positif, menguasai 7 pengetahuan asas, KAEDAH dan TEKNIK pengajaran mengajar mampu mendidik generasi murid-murid dengan lebih berkesan terutamanya dalam suasana "petang, letih dan tidak selesa" di dalam kelas-kelas KAFA di seluruh negara.

Objektif Kursus
- Membina Sikap dan Ketrampilan guru
- Meningkat pengetahuan dan kemahiran pengajaran berkesan
- Memperkukuh Ukhuwwah dan Kerja Berpasukan

Kandungan Kursus:**
- 7 Pengetahuan Asas Guru (7K)
- Pengetahuan Pedagogi Isi kandungan (PCK)
- Metodologi Khusus Pengajaran Ulum Syar’iyyah ( Al-Quran, Tauhid, Fekah, Sirah, Dll)
- Bagaimana Mengajar Secara Berkesan
- Penilaian Pengajaran KAFA
- 5M: Profil Guru KAFA

BONUS: Perancangan Tahun 2009

Di Akhir Kursus Guru-Guru Akan:
- Mempunyai TASAWWUR baru sebagai MURABBI – Berasaskan paradigma Tauhid
- JELAS objektif pengajaran – Berdasarkan keutamaan dan kemampuan murid
- Lebih BERKESAN– Merancang dan melaksanakan metodologi pengajaran yang menarik
- Berorientasikan PENCAPAIAN – Menilai pencapaian murid secara menyeluruh dan memperbaikinya


PROFIL PERUNDING:

USTAZ HJ. SHAHRIN HJ. AWALUDIN
- 16 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, latihan, motivasi dan perundingan khususnya Pendidikan Islam di Malaysia, Singapura, Brunei and Indonesia.
- 12 tahun sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 3 tahun sebelum itu bertugas sebagai guru di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban.
- Perunding Pendidikan dan latihan untuk pelbagai organisasi termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri serta sekolah-sekolah swasta.
- Merancang dan mengendalikan lebih 60 kursus, seminar dan latihan bidang Pendidikan Islam dan Pengajaran Pembelajaran.
- Terlibat secara langsung dalam pembangunan kurikulum, perancangan modul latihan guru dan penilaian atau kawalan mutu buku teks KPM.
- Mengendalikan pelbagai kursus dan program motivasi pelajar, anak-anak yatim. warga emas dan kakitangan syarikat swasta dan kerajaan.
- Merancang dan mengendalikan latihan perguruan bagi sekolah-sekolah Islam swasta (MUSLEH) melalui pelbagai program seperti Syahadah Perguruan Islam Musleh (SPIM) dan Syahadah Kepengetuaan Musleh (SKM).