11.04.2014

Rayuan Pembayaran Bahan Binaan Sekolah Tahfiz


Alhamdulillah pembinaan sekolah tahfiz di Mukim Bongek, Rembau kini sedang giat dijalankan dan kini dalam proses untuk menaikkan tingkat atas bangunan.

Berikut ialah bil dari pembekal bahan binaan yang perlu dibayar dalam tempoh sebulan ini sebelum hujung November 2014.

Kepada mereka yang ingin menderma untuk membayar sebahagian daripada kos bahan binaan ini sila hubungi Ustaz Septian 0132646001 atau Hj Rozmal 0122267406 .

Simen RM 875
Y12 RM 3,600
Plywood RM 2,080
BRC RM 4,500
R6 RM 18
MT 1x2 RM 3,304.86
R6 RM 2,400

JUMLAH RM 16,777.86

Untuk sumbangan sila salurkan ke :
Akaun Maybank 562843505815
Nama akaun : TARB ALGONTORY RESOURCES

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz Arabic Al Gontory di

11.02.2014

SENARAI SEKOLAH PONDOK, TAHFIZ DAN MADRASAH DI N.SEMBILAN

(Sebarang penambahan, kemaskini, pembetulan sila maklum Hj Rozmal 012-2267406)

1. Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah,
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel / Fax : 06-6771232

2. Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
Hubungi Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

3. Pusat Pendidikan Al-Quran At-Tohiriah
No.457, Taman Selasih, Port Dickson
Hubungi Ustaz Hassan Alian , Tel 019-3597540

4. Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
Alamat : Bongek Acheh , Jalan Rembau-Tampin, Rembau
Hubungi : Ustaz Faizal 013-2300595

5. Madrasah Az Zakirin
Alamat : Kg Padang Besar, Jalan Bongek-Gadong, Chengkau, Rembau
Hubungi : Ustaz Zakaria bin Talib Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129

6. Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory
Alamat : Kg. Bongek, Jalan Chengkau-Pulau Mampat, Rembau
Hubungi : Ustaz Septian 0132646001

7. Madrasah Tahfiz Al Quran Darussyifa'
Km 7, Seri Repah, 73000 Tampin
Tel : 06-4418359
Hubungi Ustaz Mohd Sufian b Hj Ahmad Shukri Al Hafiz, Tel 019-6854990

8. Madrasah Tahfiz Al Falah Seremban (MATAF)

MATAF (Madrasah Lelaki)
Masjid Lama Pedas Hilir,
Masjid Dr. Haji Mohammad Eusuff Teh
Lot 3303 Kariah Pedas Hilir
71400, Pedas, Rembau

MATAF (Madrasah Perempuan)
Kampung Sega Hulu, Kampung Sega,
71200 Rantau

Hubungi Setiausaha/Mudir Madrasah En Azhar Shaharuddin 0122201967

10.10.2014

Rayuan Sumbangan Surau Rumah Pangsa Kos Rendah



Surau Al Azim (Surau Blok J), Rumah Pangsa Kos Rendah, Taman Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan amat mengalu-alukan sumbangan kewangan untuk membiayai program serta aktiviti surau ini antaranya Majlis Ilmu, Kuliah Maghrib, Ceramah Bulanan dan sebagainya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan atau lain-lain sumbangan keperluan surau bolehlah menghubungi Setiausaha Surau Al Azim, Ustaz Hasni bin Alias di talian 012-6123474 .

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat, atas nama : SURAU Al-AZIM , No Akaun 22-103-108323-7

9.29.2014

Khusus untuk Anak Rembau di perantauan, jom kita meriahkan madrasah di Rembau


Untuk pengetahuan Anak Rembau khususnya Anak Rembau di perantauan, terdapat 3 sekolah pondok, madrasah atau sekolah tahfiz yang sedang beroperasi atau dalam proses pembinaan dan pengubahsuaian.

Mereka yang ingin berbakti di bumi Rembau untuk meningkatkan syiar Islam di sini bolehlah menghubungi terus pihak pengurusan madrasah ini atau salurkan terus ke akaun bank yang dinyatakan di bawah ini.

A. SEKOLAH TAHFIZ ARABIC AL-GONTORY
Alamat : Kg. Bongek, Jalan Chengkau-Pulau Mampat, Rembau
Hubungi : Ustaz Septian 0132646001
Untuk sumbangan sila salurkan ke Akuan Maybank 562843505815 atas nama TARB ALGONTORY

B. MADRASAH AZ ZAKIRIN
Alamat : Kg Padang Besar, Jalan Bongek-Gadong, Chengkau, Rembau
Hubungi : Ustaz Zakaria bin Talib Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129
Untuk sumbangan sila salurkan ke Akaun Bank CIMB 05020686246522

C. MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
Alamat : Bongek Acheh , Jalan Rembau-Tampin, Rembau
Hubungi : Ustaz Faizal 013-2300595
Untuk sumbangan sila salurkan ke akuan MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM , No Akaun 8601034069 , CIMB Islamic.

9.10.2014

Pembinaan Sekolah Tahfiz Arabic Al-Gontory di Rembau



Sebuah Sekolah Tahfiz swasta akan didirikan di Bongek,  Rembau. Ianya terletak di atas tanah seluas 1.3 ekar tepi Jalan Chengkau-Pulau Mampat hasil sumbangan orang ramai.

Proses penebangan pokok dan meratakan tanah sedang dijalankan pada ketika ini.

Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Sekolah Tahfiz di Rembau ini sila dapatkan maklumat lanjut di :

atau salurkan ke akaun berikut;
No Akaun : 562843505815
Nama Akaun : TARB ALGONTORY
Bank : Maybank  

juga menghubungi ;
Ustaz Septian 0132646001
Ustaz Syarifuddin 0133262391
Ustaz Adim Hidayat 0193092025
di Tahfiz Arabic Al-Gontory, Pusat Niaga Astana Alam 3, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor


9.01.2014

Satu lagi Pondok Tahfiz akan didirikan di Rembau

InsyaAllah sebuah lagi Pondok Tahfiz swasta yang baharu akan didirikan di Rembau. Ianya akan didirikan di atas tanah seluas 1.3 ekar hasil sumbangan orang kampung di tepi jalan.

Proses penebangan pokok dan meratakan tanah sedang dijalankan pada ketika ini.

Mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Pondok Tahfiz di Rembau ini sila dapatkan maklumat lanjut di https://www.facebook.com/tahfiz.algontory

Semoga bumi Rembau akan kembali mekar dengan syiar Islam.




Sekolah Agama Dato Abdullah , Rembau


Kepada mana-mana pihak atau individu yang sudi menghulurkan sumbangan kewangan, cat, simen, pintu tandas dan sebagainya untuk membaik pulih sekolah ini sila Tel/Whatsapp , Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406

Lagi gambar keadaan semasa bangunan Sekolah Agama Dato Abdullah di http://sadarembau.blogspot.com

8.19.2014

Pelajar Perubatan Universiti Azhar perlukan bantuan



Saya mendapat maklumat seorang pelajar perubatan Tahun 1 di Universiti al Azhar, Mesir memerlukan bantuan. Kebiasaannya pelajar hanya boleh memohon pinjaman/biasiswa MARA atau JPA atau Majlis Agama dan sebagainya selepas Tahun 1, itu apa yang dimaklumkan kepada saya.

Untuk pengajian Tahun 1, keluarga pelajar berkenaan perlu berusaha sendiri untuk membayar yuran pengajian dan sebagainya.

Pelajar tadi tidak dapat hendak membuat permohonan pinjaman/biasiswa tersebut kerana tidak dapat menjelaskan yuran untuk Tahun 1 sebanyak RM 8,000 . Slip keputusan peperiksaan Tahun 1 pelajar tersebut ditahan, menyebabkan dia tidak dapat membuat permohonan pinjaman/biasiswa.

Pelajar perempuan tersebut adalah merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik. Ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala ibunya bekerja sebagai seorang kerani di sekolah tahfiz swasta di Seremban.

Kepada mereka yang ingin membantu samada memberi bantuan tunai, pinjaman, duit zakat dan sebagainya sila Whatsapp saya 012-2267406 , saya akan berikan nombor tel ibu/bapa pelajar berkenaan agar dapat penjelasan sepenuhnya.

8.17.2014

MADRASAH AZ ZAKIRIN , REMBAU


Madrasah Az Zakirin , Kg Padang Besar, Chengkau, Rembau Negeri Sembilan

Sistem pengajian pondok tradisional yang unik. Mengajar pelajar survival hidup, berdikari, jati diri, bergantung hanya kepada ALLAH, tidak mengejar habuan dunia.

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Zakaria bin Talib melalui tel atau Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129

8.14.2014

Dapatkan Komik Dakwah Ibadah Terkini – Muallim 2

Dapatkan Komik Dakwah Ibadah Terkini – Muallim 2

Baru terbit, komik dakwah dan ibadah terkini keluaran Ustaz Zakaria bin Talib dari Madrasah Az Zakirin, Rembau. Penuh dengan ilustrasi, dakwah, nasihat, tazkirah, panduan ibadah.

Bersaiz A5 setebal 216 muka surat pada harga cuma RM20.

Mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi terus Ustaz Zakaria melalui tel atau Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129



4.20.2014

Kupon Derma Surau Sekolah Menengah Agama Rembau


Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembesaran Surau Sekolah Menengah Agama Rembau yang terletak di pekan Rembau bolehlah menghubungi pihak sekolah di talian tel 06-6852404 atau faks 06-6853670 .

Atau boleh mengambil kupon derma melalui Tn Hj Rozmal hanya RM5 untuk satu kupon dengan menghubungi Tn Hj Rozmal di talian 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com atau PM di www.facebook.com/Rozmal

3.06.2014

Tawaran sumbangan bulanan untuk Madrasah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau




Madrasah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek Acheh, Rembau menyediakan 3 bentuk pengajian untuk pelajar yang belajar sepenuh masa iaitu :
a) Pengajian Fardhu Ain (Ibtidai)
b) Pengajian Bahasa Arab (I’dadi)
c) Pengajian Menghafaz al-Quran (Tahfiz)

Pada masa akan datang, pihak madrasah juga bercadang untuk membuka bentuk pengajian yang sama kepada para pelajar perempuan, kerana buat masa ini, madrasah hanya boleh menerima pelajar lelaki sahaja kerana tempat yang terhad.

Di sini juga terdapat Sekolah Agama Rakyat untuk  pembelajaran bagi anak-anak yang berumur antara 5 ke 12 tahun untuk mendalami pengajian al-Quran, Fardhu Ain, Jawi dan Bahasa Arab.

Alhamdulillah, madrasah ini terus mendapat sumbangan yang berterusan daripada masyarakat setempat, sama ada yang berbentuk bulanan atau derma bermusim.Sehingga kini, madrasah mendapat sumbangan berbentuk bulanan sekitar RM1,000 sebulan daripada para penderma tetap. Namun jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan sebagainya yang dianggarkan sekitar RM10,000 sebulan.

Justeru itu, pihak madrasah, meminta jasa kepada mereka yang sudi untuk menyumbang atau menderma kepada pihak madrasah dalam bentuk bulanan.

Selain derma bulanan, pihak madrasah juga mengalukan apa jua bentuk sumbangan sama ada berbentuk barangan atau tenaga.

Segala pertanyaan dan kemusykilan bolehlah berhubung terus dengan Mudir Madrasah iaitu Tuan Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff , tel 012-3752240.

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim – no. Akaun : 8601034069 Akaun Semasa Bank CIMB Islamic – Cawangan REMBAU.         

1.14.2014

Tawaran Wakaf Bangunan Maahad Tahfiz di N.Sembilan


Sumbangan amat dialu-alukan daripada mereka yang budiman untuk pembinaan 2 unit kelas hafazan, 8 unit tandas serta 2 unit kolah untuk mengambil wuduk di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
No akaun : Maybank 555108301296.


atau hubungi ;

Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649