2.24.2012

Hadiah Wakaf Pondok untuk mereka yang kita sayang

Assalamulaikum,

Kepada individu, persatuan, khususnya PIBG yang hendak menggalakkan ahli dan orang ramai mendirikan Wakaf Pondok Bacaan yang boleh diberi nama dan dihadiahkan atas nama mereka yang kita sayangi yang telah meninggal dunia atau sebagai sumbangan bolehlah menggunakan contoh di bawah ini. Harga anggaran wakaf sebanyak RM8,000.00 ini ialah untuk kos sekitar Seremban. Harga boleh berubah di negeri dan tempat lain mengikut kos setempat.

Kertas kerja , pelan , contoh sebutharga di bawah ini boleh diambil untuk disesuaikan dengan mana-mana persatuan serta mana-mana kontraktor yang dilantik untuk membina wakaf ini.

Untuk maklum balas sila hubungi saya di rozmal@yahoo.com atau tel 012-2267406 .



TAWARAN MENYERTAI PROJEK WAKAF PONDOK BACAAN
“Untuk Mereka Yang Tersayang”

A. PENGENALAN
Menyedari betapa pentingnya untuk mempertingkatkan budaya membaca di kalangan para pelajar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah …………………... memperkenalkan Projek Pembinaan Wakaf Pondok Bacaan di sekolah ini.

B. OBJEKTIF
1. Memberi kemudahan kepada para pelajar untuk berinteraksi, bertukar pendapat serta berbincang secara berkumpulan.
2. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
3. Memberi peluang kepada individu untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini untuk dihadiahkan kepada arwah yang tersayang.
4. Memberi peluang kepada individu, syarikat atau mana-mana pihak untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini sebagai tujuan promosi.

C. CIRI-CIRI PONDOK WAKAF
1. Keluasan tapak ialah 10 kaki x 12 kaki.
2. Lantai, meja dan kerusi konkrit dengan kemasan jubin
3. 4 Tiang precast jenis roman
4. Atap jenis awning dan steel structure
5. Dilengkapi pelindung kilat/petir
6. Papantanda (WAKAF HJ ALI BIN ALI / SUMBANGAN SYARIKAT ABC / TERATAK HJ ABU BIN ABU , PONDOK HAJJAH ANI BINTI ALI dan sebagainya)
7. Kos 1 pondok RM 8,000.00 (RM 70/kaki persegi)

D. PENYERTAAN
1. Terbuka kepada umum
2. Mereka yang tidak berkemampuan untuk menyumbang untuk kos keseluruhan wakaf, boleh menyumbang ikut kemampuan kaki persegi (RM 70/ka per). Nama wakaf sumbangan berkumpulan akan ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah.
3. Ahli PIBG Sekolah ..................... , bekas ahli PIBG serta bekas pelajar Sekolah ............... digalakkan untuk menyertai.

E. BAYARAN
1. Tunai, cek atau bank in
2. Nama Akauan :
3. No Akaun :
4. Bank :
5. Nama dan no tel Bendahari :


2.23.2012

Ceramah Dr Zulkifli Al Bakri 25 Feb 2012 Nilai, N.Sembilan



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Penceramah : Tuan Guru Dr Zulkifli bin Mohamad Al Bakri
Tarikh : 25 Feb 2012 , Sabtu
Masa : 8 malam
Tempat : Taman Desa Jati, Putra Nilai, Nilai, N.Sembilan (sebelah tapak Surau Ar-Raudhah)

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir sambil menderma untuk Tabung Pembinaan Surau Ar-Raudhah.

Segala sumbangan bolehlah disalurkan ke
No. Akaun : 1210-0000239-718 (BANK MUAMALAT)
Nama : SURAU AR-RAUDHAH TAMAN DESA JATI, NILAI, N. SEMBILAN
Laman web http://acaciapark.wordpress.com/


BIODATA PENCERAMAH :
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
~ Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H 2012M
~ Panel forum RTM, Bernama TV, Al Kuliyyah TV3, Halaqah TV9, Radio IKIM
~ Mantan pensyarah USIM

Tarikh lahir : 16 Januari 1969

Dilahirkan di negeri Terengganu Darul Iman dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. Kemudian, peringkat Sarjana (Master) di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di bawah penyelia Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Seterusnya, menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di USM, juga dalam bidang Syariah, pengkhususan fatwa.

Antara jawatan yang disandang ialah:
- Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu dan N.Sembilan
- Panel Kajian Akidah JAKIM.
- Panel Kajian Syariah JAKIM.
- Panel Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM).
- Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Banyak menghasilkan karya sama ada dengan penulisan, penterjemahan serta aktif dalam membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa dan lain-lain.

www.facebook.com/drzulalbakri

2.02.2012

Belajar POWER 6 Feb 2012 di Seremban



Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan siri pertama program Briged KRIM iaitu Modul Belajar Power.

Program ini akan disampaikan oleh Tuan Haji Roshidi Shaari, Perunding Motivasi dari MAP Training & Concultancy yang tidak asing lagi dalam program-program berbentuk motivasi ini.

KRIM Negeri Sembilan mensasarkan para pelajar sekolah menengah yang berusia 13 tahun sehingga 17 tahun untuk menyertai program ini.

Program ini akan berlangsung pada 6 Feb 2012, Isnin bertempat di Masjid Kariah Panchor Jaya dari pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Daftar segera dengan kadar yuran serendah RM 5. Sila hubungi 019-6230101 atau 019-2445736 untuk mendaftar dan maklumat lanjut.

Sumber http://krimns.wordpress.com/2012/02/01/jom-sertai-siri-briged-krim-pertama-modul-belajar-power/