Tarikh : 5-7 Jun 2011 (Ahad-Selasa)
Tempat : Iman D'Semungkis Training & Motivation, Jalan Taman Agroteknologi Sg. Semungkis, Bt. 14 1/2 Hulu Langat, Selangor.
Anjuran : Faqih Synegies Training & Consultancy kerjasama Akademi Darul Huffaz cawangan Kota Damansara
Peserta : Remaja 11 - 18 tahun
PENGISIAN
1.Mind and Heart Setting
2.Kita Kembali pada Fitrah.
3.Psikologi Remaja & Cinta
4.Kesihatan Reproduktif Remaja
5.Belenggu Remaja
6.Inilah jalan KAMI !
7.Motivasi Yess !!
8.Explorace GO !
9.Jungle Tracking
Maklumat lanjut di http://faqihsynergies.blogspot.com
Hubungi : Puan Tengku Husni: 013-2527421, Us Yusri : 013-629 5605, Us Saiful: 013-370 6442
Pendaftaran
Sebelum 21 Mei : RM 120 (Alumni Faqih) & RM 150 (Biasa)
Selepas 21 Mei : RM 180 (Alumni Faqih) & RM 220 (Biasa)
SMS :
Untuk pembayaran : bank in ke No. Akaun : FAQIH SYNERGIES TRAINING & CONSULTANCY, CIMB Islamic 1422-0000089-10-8
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja/ belia akan pendidikan reproduktif berdasarkan Islam dan akhlak
- Menanamkan sikap positif di dalam diri remaja/ belia supaya menghindari tingkahlaku/ tabiat/ kelakuan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan diri, fiazikal, intelek, emosi dan spirituil.
- Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang baik berlandaskan nilai Islamserta berusaha mempengaruhi remaja/ belia lain kea rah cara hidup yang sihat dan lebih berakhlak mulia.
- Membentuk sekumpulan agen perubah di kalangan remaja bagi menggerakkan sebarang aktiviti/ program bagi mempengaruhi/ membimbing rakan-rakan lain.
PENGENALAN
Senario remaja dan belia kita hari ini kian membimbangkan, malah amat menakutkan. Kebimbangan ini bukan lagi di alami sendiri oleh ibu bapa di rumah, malah turut dikongsi bersama dengan masyarakat di luar sana. Golongan kedua yang hampir dengan remaja hari ini ialah para pendidik di sekolah atau di universiti. Mereka adalah agen perubahan sekunder bagi kehidupan seorang remaja/ belia.
Mereka turut mengalami kebimbangan dan tanggungan tanggungjawab yang berganda untuk membina remaja/ belia hari ini. Pelbagai jenis program, ceramah, seminar, lawatan mahupun sesi kaunseling, belum mampu mengubah cara berfikir atau mindsetting mereka. Adakah mereka ini dikira gagal? Jawapannya tidak sama sekali! Perubahan harus melalui satu proses yang panjang. Manusia tidak akan berubah dengan sekelip mata. Tetapi perubahan akan berlaku jika ada titik permulaannya.
PENDEKATAN
Konsep program ini ialah konsep “Mesra, Motivasi, Membina”. Antara pendekatan program ini adalah :
Ceramah / Diskusi
Slot ini adalah merangkumi elemen pengisian multimedia, tayangan, permainan dan sesi perkongsian peserta. Peserta akan belajar komunikasi dua hala, penghayatan rohani, kesedaran diri, membina potensi akal, rohani dan fizikal.
Praktikal
Slot ini membina kefahaman peserta secara lebih dekat dan mudah tentang perkara asas dalam kehidupan peserta sebagai muslim. Pendekatan ini diterapkan sepanjang program ini berjalan, dari bangun tidur sehingga tidur semula, merangkumi akhlak makan minum, kebersihan diri, hormati sesama muslim dan lain-lain. Secara ringkasnya, ini adalah praktikal “Islam sebagai Cara Hidup”.
Latihan dan bimbingan
Di dalam program ini, peserta akan diberikan latihan untuk membina matlamat hidup, cara untuk urusan jadual harian, cara untuk membaiki diri dan lain-lain. Peserta juga akan dibimbing untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri dan cara untuk mengekalkan motivasi dan perubahan diri selepas program.
1 comment:
Perlanjutan tarikh :
pendaftaran sebelum 28 Mei 2011 : RM 150
pendaftaran RM 120 bagi 2, 3 dan ke atas perserta.
Post a Comment