9.21.2010

Sertai Program Wakaf Quran untuk Islam Minoriti


WAKAF AL-QURAN UNTUK ISLAM MINORITI

Program Wakaf al-Quran bukan sahaja membolehkan umat Islam minoriti sesetengah negara dapat membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa masing-masing, malah merapatkan hubungan sesama masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Pengerusi Yayasan Restu http://www.restu-art.com/ , Datuk Latif Mirasa berkata, terjemahan al-Quran dalam bahasa tempatan mereka bukan sahaja dibaca masyarakat Islam, bahkan bukan Islam sekali gus memahami keindahan dan kecantikan Islam dengan lebih mendalam.

Katanya, Yayasan Restu buat pertama kalinya akan menerbitkan terjemahan al-Quran dalam bahasa minoriti Islam Kemboja, selain Mandarin dan Tamil yang dijangka diedarkan ke beberapa negara dalam tempoh empat bulan lagi.

Program yang menawarkan sumbangan RM1 hingga RM10 boleh dilakukan dengan menaip wakaf 1 bagi RM1 atau seterusnya sehingga wakaf 10 (RM10) dan kemudian dihantar ke 32728.

Sumbangan juga boleh terus disalurkan ke Bank Islam Bhd., atas nama Yayasan Restu Wakaf dengan nombor akaun: 14032010021452.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

No comments: