Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah
Taman Rashidah Utama
Jalan Senawang-Paroi
70450 Seremban
Tel : 06-6771197 , Fax 06-6798661
Waktu pejabat : 8:30am-4:30pm Isnin - Jumaat (Rehat 12:30-2:00 Isn-Kham , 12:30-2:30 Jum)
Pengenalan
Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak-anak selepas ibubapa di rumah. Kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya berada di sekolah untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam pembentukan jatidiri dan akhlak. Oleh itu adalah sangat penting anak-anak didedahkan dengan sistem pendidikan Islam yang lengkap dan syumul yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.
Disamping itu juga Pendidikan Islam di sekolah merupakan kaedah terbaik dalam menangani masalah kenakalan remaja (Juvenile Delinquence) yang berleluasa ketika ini. Ini adalah kerana Islam diturunkan untuk membentuk akhlak manusia sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” HR ; Ahmad & Baihaqi
Pendidikan di SRIAS
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah (SRIAS) telah ditubuhkan pada tahun 1985 berteraskan kepada konsep pendidikan Islam bersepadu. Pendidikan di peringkat rendah yang menyeluruh berdasarkan ajaran Islam yang syumul dalam menyediakan para pelajar dengan asas yang kuat dalam ilmu dan akhlak bagi mengharungi cabaran hidup yang mencabar di zaman ini.
Disamping kurikulum KBSR yang terdapat di sekolah-sekolah kebangsaan, SRIAS menyediakan subjek-subjek Diniyyah yang dikelolakan di bawah Pusat Pendidikan SRI-SMI (MUSLEH).
Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM) yang diperkenalkan pada tahun 2002 merupakan satu keistimewaan unik yang ada di SRIAS. Melalui SPPM para pelajar bukan saja dinilai dalam pencapaian ilmu semata-mata malah juga merangkumi aspek syakhsiah, ibadah, kemampuan dan tanggungjawab.
Disamping itu persekitaran (bi’ah) yang Islamik dan selamat yang ada di SRIAS merupakan suasana yang kondusif bagi para pelajar menimba ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.
Maklumat Sekolah
Nama : Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah
Singkatan : SRIAS
Tahun penubuhan : 1985
Pendaftaran : MAINS No. 41-39/89
Penaung : Sohibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Sembilan
Objektif
* Melahirkan pelajar-pelajar yang beriman, berilmu dan beramal soleh
* Meningkatkan keperibadian mulia para pelajar
* Melahirkan pelajar yang menjadi contoh ikutan kepada masyarakat
Misi
Memperkasakan Pendidikan Islam sebagai asas pembentukan pelajar ke arah melahirkan generasi Rabbani
Kurikulum - Gabungan KBSR dan Diniyyah
KBSR : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Diniyyah : Hafazan & Tilawah Al-Quran, Tajweed, Jawi, Bahasa Arab, Aqidah, Feqah, Akhlaq, Seerah
Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)
Konstruk Ilmu , Konstruk Syakhsiah , Konstruk Kemampuan
Pra Tahfiz – Program penyediaan pelajar mengikuti kelas Tahfiz di peringkat menengah
Ujian Penilaian Kelas KAP (UPKK)
MUMTAZ – Program Kecemerlangan UPSR & SPPM untuk pelajar tahun 5 & 6
KO-KURIKULUM
1. Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM) – Program-program yang dijalankan sepanjang tahun adalah : Perkhemahan, Jambori, Qiamullail, Aktiviti Lasak, Pertolongan Cemas, Kawat dll.
2. Persatuan & Kelab – Kelab Nasyid dan Kompang, Kelab Pidato, Cerita dan Syarahan, Kelab Seni Khat dan Rekaan, Kelab Berzanji
3. Sukan & Permainan – Sukan Tahunan, Bolasepak, Badminton, Sepak Takraw dll
4. Pertandingan – Majlis Tadarus Al Quran (MTAQ) , SRIAS Johan Hafazan di peringkat Negeri Sembilan tahun 2003, 2004 & 2005
Syarat-Syarat Kemasukan
* Mengenal huruf Rumi dan Jawi
* Boleh membaca Muqaddam dan Iqra’
* Lulus ujian temuduga kemasukan
YURAN
* Yuran Bulanan : RM 120 X 11
* Yuran Pendaftaran : RM 100/setahun
* Yuran Semester : RM 100/setahun
ALUMNI SRIAS
Dr Siti Fatimah binti Badlishah Sham
Kerjaya : Doktor Perubatan
Kelulusan : M.D. (University College Cork, Ireland)
Tahun di SRIAS : 1988-1989
Siti Zakirah binti Hassan
Kerjaya : Guru
Umur : 23 tahun
Kelulusan : Universiti Al ay-Bayt Mafraq, Jordan
Tahun di SRIAS : 1991-1996
Muhannad bin Jamil
Kerjaya : Jurutera Awam
Umur : 25 tahun
Kelulusan : BSc in Civil Engineering, Purdue University, USA
Tahun di SRIAS : 1988-1992
Polibatam Lantik 1.450 Wisudawan
1 day ago
2 comments:
assalamualaikum..
tahniah buat pejuang As Sa`diyyah kerana telah mewujudkan blog ini. ana doakan moga As sa`diyyah ini akan terus maju ke hadapan. dengan keizinan, ana ingin link kan blog sekolah ini di blog ana. syukran jazilan.
Assalamualaikum.
Minta tambah lagi atau tubuhkan Alumni PPS ini. Hanya 3 Orang sahaja ahli Alumni ni?
Post a Comment