3.29.2011

Bersama Syeikh Nuruddin al Banjari 9 Apr 2011 Seremban

PENGAJIAN/DISKUSI KITAB Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Tarikh : Sabtu, 9 April 2011 Masa : Zuhur - Maghrib Tempat : Madrasah Az-Zein, Seremban Madrasah Az-Zein Lissuluk Ilallah http://az-zein.blogspot.com 9299, Taman Guru Melayu, Jalan Paroi-Senawang Info lanjut di http://majlisilmu.blogspot.com/2011/03/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

3.23.2011

Bengkel Penentuan Kursus di IPT 28 Mac 2011 Seremban


BENGKEL PENENTUAN KURSUS DI IPT
Tarikh : 28 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Khusus untuk lepasan SPM dan STPM 2010
Dipimpin oleh : Prof Madya Dr Sidek Noah - UPM
Yuran : RM50 (makan tengahari disediakan)

Tel :
Pn Sham 012-6704424
Pn Naili 017-7124010
En Iqbal 010-4255718
E-mel e-rehal@hotmail.my

Anjuran bersama : E-Rehal , Maahad Tahfiz As-Sai’diyyah dan WAMY

TENTATIF
8.00 Pagi : Pendaftaran peserta.
8.30 Pagi : Bacaan Doa
8.35 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis & Taklimat Bengkel
8.45 pagi : Ucapan Perasmian oleh Ust. Hj. Shahrin Awaluddin,
Pengarah Eksekutif WAMY Malaysia
9.00 Pagi : Slot 1- Inventori Personaliti Oleh: Prof Dr Sidek Mohd Noah,Ph. D
10.30 Pagi : Rehat
11.00 Pagi : Slot 2- Inventori Minat Kerjaya Oleh: Prof Dr Sidek Mohd Noah,Ph.D
12.30 T/hari: Slot 3- Soal Jawab Bersama Prof Dr Sidek Mohd Noah,Ph.D.
1.00T/hari : Makan Tengah Hari dan Solat Zohor.
2.00 petang : Taklimat Akademi Usahawan Muda (AUM)
2.30 petang : Slot 4- Bimbingan Pemilihan Kursus (Teknikal)
3.00 Petang : Slot 5- Bimbingan Pemilihan Kursus (Kemanusiaan dan Sosial)
3.30 Petang : Slot 6 – Bimbingan Pemilihan Kursus (Sains)
4.00 Petang : Slot 7 – Soal Jawab.
4.45 Petang : Penutup
5.00 Petang : Bersurai.

BAHAN BAHAN DARI FACEBOOK (Search E-Rehal)

PETIKAN KISAH MEREKA YANG TERSALAH MEMILIH KURSUS DI IPT

Kisah 1
Even though he knew his decision would disappoint his father back then but he could no hold back his passion and was no longer willing to lie to himself. As an accountant, he was dressing the corporate suit and tie but deep in his heart it is not the kind of life and work style he had wanted. He was desperate for a career change and wanted to do something he loves and that is going to be food.

Kisah 2 – Part 1
"Pada saat itulah, saya sedar yang selama ini saya telah mensia-siakan peluang
yang saya ada untuk membuat pilihan yang betul dalam kursus ijazah kerana sekarang saya terpaksa menghadapi kursus yang tidak langsung saya terfikir untuk dijadikan pilihan dan tidak langsung saya minati. Hendak atau tidak, saya sudah tiada pilihan........"

Kisah 2 – Part 2
"...Saya terpaksa mencuba sedaya upaya utk menghabiskan kursus 5 tahun ini. Tiba-tiba dunia saya hancur, kerana baru saya sedar yang saya tidak mengenali diri saya sendiri, tidak tahu apa yang saya mahukan dalam kehidupan & hanya tahu mengikut orang lain (pak turut), dan lebih teruk, sekarang saya berada pada jalan yang saya tidak mahu ikuti"

Kisah 2 – Part 3
"Tempat saya mengadu hanyalah Tuhan. Setiap hari saya berdoa supaya Dia menunjukkan jalan yang betul untuk saya ikuti. Kawan-kawan sekursus yang memahami masalah saya juga turut bersimpati tetapi apa yang mereka boleh buat? Kebanyakan mereka sendiri tidak meminati kursus tersebut"

3.09.2011

Majlis MaulidurRasul Madrasah Bongek Rembau 12 Mac 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau
Penceramah : Ustaz Zulkifli bin Ahmad - Mudir Tahfiz Laman Mukmin, Kuala Lumpur

Semua Dijemput Hadir

Laman web Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di http://madrasahbongek.blogspot.com

ATURCARA
4.33 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah
5.00 ptg : Bacaan Tahlil untuk al-Marhum Tuan Guru Haji Ibrahim
5.30 ptg : Bacaan Barzanji
7.26 mlm : Solat Fardhu Maghrib berjemaah
7.45 mlm : Solawat Beramai-ramai
8.00 mlm : Ceramah Maulidurrasul oleh Sohib al-Fadhilah Ustaz Zulkifli bin Ahmad
10.00 mlm : Solat Fardhu Isyak berjemaah
6.00 ptg hingga 10.30 mlm : Jamuan makan dan minum

****************************

BIODATA PENCERAMAH
Nama : Zulkifli Bin Ahmad
Asal : Sg Petani Kedah
Pendidikan : Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Universiti al-Azhar Mesir (Jurusan Syariah Islamiah)
Pekerjaan : Mudir Tahfiz Laman Mukmin , Penceramah
Status : Berkahwin (4 cahaya mata)
Menetap : Taman Kencana, Kuala Lumpur
Pengalaman : 10 Tahun berceramah (Termasuk rakaman di Klasik FM dan Selangor FM), Mengendalikan Ceramah Motivasi
Kuliah : Kuliah Tetap Maybank H.Q, EON Bank H.Q, Celcom, Felda, JKR H.Q., Affin Bank H.Q, Bank Islam, LHDN,Surau dan Masjid sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan

3.06.2011

Bengkel Solat 16 Mac 2011 di Rembau, PERCUMA

BEngkel SolaT - BEST Cuti Sekolah
Tarikh: 16 Mac 2011 (Rabu)
Masa: 8 pagi - 1 petang
Tempat: Surau Taman Pedas Perdana, Rembau, N.Sembilan
Terbuka kepada pelajar sekolah rendah, lelaki & perempuan

Tempat Terhad : Siapa Cepat, Dia Dapat
Tenaga pengajar: Para ustaz dan ustazah (bekas mahasiswa serta mahasiswi dari Mesir)
Untuk pendaftaran sila hubungi; Pn Wani : 013-3851202 & En Karim: 012-9807071

Solat Memang BEST ! SYOKNYA SOLAT !

Sebarang sumbangan untuk lebih menjayakan lagi program ini amat dialu-alukan.

Motivasi Anak Cemerlang Mac 2011 Pilah, N.Sembilan

KEM MOTIVASI ANAK EXCELLENT
SIRI 1 : 15-17 MAC 2011 (Selasa-Khamis)
SIRI 2 : 18- 20 MAC 2011 (Jumaat-Ahad)
TEMPAT : Kem D’Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan

Untuk anak-anak umur 10-12 tahun sahaja
Terhad 50 orang

AKTIVITI MENARIK :
Flying Fox
Ceramah Interaktif
Qiamullail
Berkayak
Wokshop/Bengkel

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi :
Ustaz Hanafi 013-6353660
Ustaz Arif 013-3791812

Peta lokasi dan banner program pada pautan berikut : http://waghih.blogspot.com/2011/03/motivasi-anak-cemerlang-mac-2011-pilah.html

2.27.2011

Jawatan Kosong Pegawai Sumber Manusia SRIAS, Seremban

JAWATAN KOSONG

Dipelawa kepada yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pegawai Sumber Manusia di Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah (SRIAS), Seremban

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat SRIAS di talian 06-6771197

Sila dapatkan borang permohonan pada pautan berikut http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2011/02/jawatan-kosong.html

2.20.2011

Kem Imam dan Bilal Muda 16, 17 Mac 2011 Seremban

PROGRAM CUTI SEKOLAH
Kem Imam & Bilal Muda
Tarikh : 16 & 17 Mac 2011 (Rabu & Khamis)
Masa : 8 pagi - 5 petang.
Tempat : Masjid al-Taqwa, Paroi, Seremban, N.Sembilan

Modul Utama :
- Solat is Simple
- Aksesori Solat
- Isu-isu Solat Berjemaah
- Aplikasi Azan Dalam Kehidupan
- Kepimpinan Melalui Solat
- Sains Solat

Maklumat lanjut di http://tinyurl.com/kemimammuda2011

Maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Arif Asa'ad: 016-3733607
Mohd Noor : 013-2006840
Badrul Hisyam: 019-3812580
infitahtraining@yahoo.com

* Terbuka kepada lelaki & perempuan 9 - 15 tahun.
* Pendaftaran HANYA disahkan selepas pembayaran dibuat.
* Diskaun hanya untuk pendaftaran sebelum 5 Mac 2011.

Anjuran INFITAH Training & Consultancy www.infitahtraining.com

Jumlah yuran sebelum 5 Mac 2011:
RM70 (Alumni Infitah), RM90 (Pertama kali)

Jumlah yuran selepas 5 Mac 2011:
RM100 (Alumni Infitah), RM120 (Pertama kali)

Bank Pembayaran: Bank CIMB Islamic
Akaun Penerima: Infitah Training & Consultancy
Nombor Akaun: 0507 0000 3581 04

2.15.2011

Ust Dzulkarnain Hamzah 18 Feb 2011 Seremban


CERAMAH MAULIDURRASUL
Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis/Amani)
Tarikh : 18 Feb 2011/ Jumaat
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Madrasah Al Imam, Taman Cempaka, Senawang
Semua Dijemput Hadir

2.08.2011

Rasulullah di Hati Ku 15 Feb 2011 Seremban

PROGRAM KHAS UNTUK REMAJA
Tema : Rasulullah di Hati Ku
Tarikh : 15 Feb 2011, SELASA
Masa : 8 pg – 1 tgh
Tempat : Imtiyaz Tarbiyah Centre, No 19 Taman Kayu Manis, Jalan Seremban-Jelebu, Seremban
Yuran hanya RM 25

Hubungi Hafiz 013-6380965

Pengisian Menarik :
‘2 Love is 2 Know’
‘Sunnah , Believe it or Not?’

Tempat Terhad. First Booking, First Serve

Ke mana anak-anak kesayangan anda Sempena Cuti Maulid Nabi ini ?

1.28.2011

Jawatan kosong di WAMY Malaysia

WAMY ialah sebuah NGO Belia antarabangsa yang beribupejabat di Riyadh, Arab Saudi. Misi WAMY ialah membentuk generasi baru dari kalangan pemuda yang memiliki berbagai kelebihan dalam aspek pendidikan, pengajaran, dan skill, yakin kepada Islam, bekerja untuknya, mengorbankan sebahagian harta, waktu, tenaga, dan amal perbuatannya demi Islam, dengan mengharap ridha Allah serta Rasulullah SAW dan para sahabatnya

Seiring dengan perancangan strategik WAMY, kami ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan fasih BAHASA ARAB & BAHASA INGGERIS bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di pejabat WAMY Malaysia di Kuala Lumpur;

1. SETIAUSAHA WAMY MALAYSIA
2. PEGAWAI BAHAGIAN PEMANTAUAN & LAPORAN AKTIVITI

Tawaran gaji bermula dari RM18,000.00 setahun dan tertakluk kepada kelayakan dan pengalaman.

WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY)
3402, Jalan Ampang Hilir 2,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4257 4608 Fax: 03-4256 5252
Email: admin@wamy.my

Tarikh Tutup Permohonan: 7 FEBRUARI 2011