3.03.2016

Van lama diperlukan



Jika ada sesiapa ingin menjual van lama yang masih boleh digunakan harap maklum 0122267406 (Rozmal). Van ini untuk kegunaan membawa pelajar tahfiz/pondok untuk solat Jumaat dan program kebajikan setempat sekitar Rembau dan Senawang.


1.03.2016

Pendaftaran pelajar PASTI Al Muhsinin

Pendaftaran pelajar yang berumur 4, 5 dan 6 tahun kini di buka di PASTI Al Muhsinin, Teratak Al Muhsinin, Kg Panchang, Rembau. Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi 0197279957, Hj Yunos. Cuma 3 km dari UITM Rembau, berhampiran Kelapa Goncang Panchang. Lokasi di Google Map , PASTI Al Muhsinin Rembau



12.21.2015

PASTI DI REMBAU


Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Addirasah, Seremban



Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Addirasah, Seremban

SRITI beroperasi sebagai sekolah harian namun turut menyediakan kemudahan asrama kepada yang memerlukan/berminat.

SRITI menyediakan pengajian al-Quran dan Tahfiz di waktu pagi manakala kurikulum yang diajar d SRITI merupakan integrasi di antara KSSR, KAFA dan juga kurikulum khas SRITI iaitu KAFFAH.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
KHAIRUDDIN HUSIN
Pengurus SRITI Addirasah.
019-6139789
FB : Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Addirasah

SRITI Addirasah.
No. 3695 Jln RJ 6/3, Taman Rasah Jaya
70300 Seremban, N.Sembilan
(bersebelahan bangunan Telekom Tmn Rasah Jaya)


11.05.2015

KEM ASTRONOMI REMAJA MUSLIM



KEM ASTRONOMI REMAJA MUSLIM
Tarikh : 5 ke 6 Disember 2015
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU), Jalan Senawang-Paroi, Seremban

- Terbuka kepada peserta lelaki & perempuan berumur 12 ke 19 tahun
- Terhad kepada 50 peserta sahaja, keutamaan yang daftar dan bayar awal
- Yuran cuma RM 30




11.03.2015

HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND GLOBAL



FATWA KEBANGSAAN:
HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND GLOBAL

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:

a. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu.
Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu.

b. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha.
Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.

c. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.
Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.

2. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat, akan berlaku kehilangan modal dan berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram.

3. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).

4. Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.

Sila layari Portal e-Fatwa untuk keputusan terkini Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:

10.28.2015

Wakaf Kamus Bahasa Arab Program






Wakaf Kamus Bahasa Arab - Miftah AtTullab ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.

Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja, sudah termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia yang dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.

Kamus Miftah AtTullab bermaksud 'Kunci Pelajar'. Mengandungi lebih 30,000 entri dan bersinonim serta memperkenalkan istilah-istilah moden dan klasik seperti Syariah Islamiah, Kimia, Biologi, Falsafah,Psikologi, Undang-undang, Politik, Ekonomi, Muzik, Sukan, Fizik, Perdagangan,Komputer, Mantik, Sastera Arab dan lain-lain.

Keistimewaan:
- 30,000 entri B.Arab
- Pecahan entri B.Arab
- Kata eeerti B.Arab
- Makna B. Melayu dan B.Inggeris
- 900 muka surat
- 25 Istilah Moden & Klasik
- Pencarian Tanpa Kata Dasar

Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408 whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (tel/sms/whatsapp).

Kepada pelajar kurang berkemampuan yang memerlukan kamus ini, sila isikan butiran di bawah ini dan hantar melalui whatsapp ke 0122267406 ;

PERMOHONAN KAMUS BAHASA ARAB
Nama :
No KP :
Alamat penghantaran :
Tempat belajar :
Jurusan :
Tahun pengajian :
Nama bapa, ibu atau penjaga :
Alamat bapa, ibu atau penjaga :
No tel bapa, ibu atau penjaga :
Pekerjaan bapa, ibu atau penjaga :
Pendapatan bapa, ibu atau penjaga :