3.24.2010

Semarak MAULID NABI 26, 28 Mac Seremban

CERAMAH MULTIMEDIA MAULIDURRASUL
Tempat : Masjid Jamek Ampangan , Seremban
Tarikh : 26 Mac 2010 ( Jumaat ) Lepas Maghrib
Penceramah : Dr Jamnul Azhar b Mulkan ( Panelis HALAQAH TV9 )

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Tempat : Masjid Kariah Sikamat
Tarikh : 28 Mac 2010 ( Ahad ) Lepas Maghrib
Penceramah : Ustaz Syuhada' b Mahmud ( KUIS )

3.18.2010

KONSERT Gaza Palestin 26 Mac 2010 Shah Alam


LIFELINE 4 GAZA CONCERT – KONSERT TALIAN HAYAT UNTUK GAZA
Break The Siege – Pecahkan Kepungan

TARIKH : 26 Mac 2010 / Jumaat
LOKASI : Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor
MASA : 8.00mlm hingga 11.00mlm

PERSEMBAHAN ISTIMEWA :
SHOUTUL HAROKAH http://www.shoutulharokah.com/
MUADZ http://muadzseekinglight.blogspot.com/
KUMPULAN DAIE

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00

VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas. Lelaki & Perempuan diasingkan.

Dapatkan tiket melalui wakil IPT masing-masing atau di kaunter tiket di pintu masuk auditorium pada 26 Mac nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Hubungi:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Maklumat lanjut di http://www.lifeline4gaza.org/2010/03/12/konsert-lifeline-4-gaza-break-the-siege/

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by sending ships direct to their shores.

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org/
HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my/
HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my/
KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my/
MAWADDAH http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com/
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia

PACE DUKACITA COCA COLA MELABUR DI MALAYSIA


PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia.

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (TABUNG HAJI) Properties di Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid.

Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

*****************************************
Wednesday, March 17, 2010
SIARAN AKHBAR PACE: PELABURAN SYARIKAT COCA-COLA DI MALAYSIA

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions - Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia - sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L'oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/03/siaran-akhbar-pace-pelaburan-syarikat.html

Betul ke Cinta Rasul 20 Mac 2010 Senawang

FORUM PERDANA
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Tajuk : Benarkah Kita Menyintai Rasulullah ?
Tarikh : 20 Mac 2010 / Sabtu
Masa : 8 malam / selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com

Ahli Panel :
Ustaz Norazman bin Mohamad , Lobai Kampung http://lobai-kampung.blogspot.com
Ustaz Mohd Sofhan bin Abdul Halim http://madrasahaliyah.blogspot.com
Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Pengerusi : Ustaz Dato Arshad Abd Samad , Imam Besar Masjid Bandar baru Senawang

SEMUA DIJEMPUT HADIR

3.15.2010

Ceramah Us Abd Malek 27 Mac Senawang

Ceramah Sempena Sambutan MaulidurRasul
Tempat : Surau Taman Jasmin Senawang
Tarikh : 27 Mac 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Ust. Abd Malek B. Norakit (Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar)

Semua dijemput hadir

Info lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com

3.11.2010

Ustaz Abdul Ghani 14 Mac 2010 di Rembau

KULIAH PENGAJIAN ISLAM

Tarikh : 14 Mac 2010 / Ahad

Masa : Selepas solat Maghrib

Penceramah : Ustaz Abd Ghani Ahmad Zaigu

Tajuk : Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto)

Tempat : Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau


Semua dijemput hadir


Maklumat lanjut hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

atau di http://madrasahselemak.blogspot.com

3.08.2010

XPDC Gunung Datuk 13 Mac 2010 Rembau

EKSPEDISI PENDAKIAN GUNUNG DATUK (REMBAU)
TARIKH : 13 MAC 2010 (SABTU)
MULA : 7.20 PAGI (BERKUMPUL DI AS SAIDIYYAH)
TAMAT : 1.30 TENGAHARI (BERKUMPUL DI AS SAIDIYYAH)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 12 MAC 2010
YURAN: RM15.00 SAHAJA

ANJURAN: KELAB REMAJA JIM N.SEMBILAN

SARAPAN DAN MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN

PROGRAM INI KHUSUS UNTUK REMAJA YANG BERADA DI SEKOLAH MENENGAH SAHAJA. JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI MUHANNAD (017 7713171)

3.04.2010

Kelas Tarannum Al Quran di Seremban

Kelas Tarannum Al Quran (Asas) Menengah dan Rendah
Bermula 5 Mac 2010
Di Dewan As-Syatibi , Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi, Seremban

Selepas Maghrib untuk Muslimat
Selepas Isya untuk Muslimin

2 minggu sekali , hari Jumaat

Tenaga Pengajar : Ustaz Mohd ‘Alauddein Alias 012-9299914

Kem Motivasi 16 ke 18 Mac Masjid KLIA

KEM MOTIVASI STUDENT POWER
Tarikh : 16 ke 18 Mac 2010 M
Tempat : Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

Yuran :
RM 150 (bagi peserta pertama kali)
RM 120 (bagi ALUMNI Infitah Training & Consultancy)

Aktiviti :
Kemahiran Belajar / Kecemerlangan Jatidiri & Kerohanian
Permainan Berkonsep / Outdoor games
Motivasi / Pelajar Cemerlang.

* TERBUKA kepada pelajar yang berumur 11 - 17 tahun.
* DAFTAR SEBELUM 10 MAC 2010 M.

Segala pertanyaan :
016-373 3607 (En. Mohd Arif Asa'ad bin Johari)
013-200 6840 (En. Mohd Noor bin Mohd Tahir)
Email : infitahtraining@yahoo.com , infitahtraining@gmail.com

ANJURAN : Infitah Training & Consultancy
DENGAN KERJASAMA : Masjid Sultan Abdul Samad KLIA.

Kemudahan :
* Penceramah / Jurulatih yang berpengalaman
* Fsilitator (Guru @ Pelajar IPT)
* Dewan Kuliah & tempat tidur berhawa dingin
* Aktiviti / Modul / Fail & Bahan
* Makan & Minum (6 kali sehari)
* Sijil Penyertaan
** Pengangkutan disediakan daripada SEREMBAN

Cara Penyertaan :
1) SMS / Email nama penuh peserta, umur & sekolah ke 016-373 3607 @ 013-200 6840.
2) Masukkan yuran penyertaan ke dalam akaun :
* CIMB BANK - Infitah Training & Consultancy : 0507 0000 3581 04.
(Sila simpan slip pembayaran & serahkan semasa hari pendaftaran bersama borang pendaftaran)

3.03.2010

Khemah Ibadah 13 ke 15 Mac 2010 Seremban

PERKHEMAHAN IBADAT
Tempat : Surau Al-Hidayah , Bandar Warisan Puteri , Seremban
Peserta : Anak-anak usia 8-12 tahun
Tarikh : 13-15 Mac 2010 (Sabtu-Isnin)

AKTIVITI :
- Ceramah Motivasi
- Bengkel Pembentukan Peribadi Diri Muslim
- Amali Solat
- Qiamullail
- Tasmik Al-Qur'an
- Aktiviti Kemasyarakatan
- Dan Lain-Lain Lagi

Penginapan :
Khemah (khemah milik peserta sendiri) atau penginapan yang disediakan oleh penganjur, rumah 2 tingkat berhampiran surau.

Bayaran :
Untuk berkhemah RM 40
Untuk rumah RM50

Tarikh tutup pendaftaran 10 Mac 2010

Sebarang pertanyaan hubungi Ustaz Hj. Kamal 017-6150169

Anjuran : Biro Tarbiyyah , Surau Al-Hidayah

Maklumat lanjut di http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2010/03/perkhemahan-ibadat-siri-2-2010.html