12.21.2015
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Addirasah, Seremban
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Addirasah,
Seremban
SRITI beroperasi sebagai sekolah harian namun turut
menyediakan kemudahan asrama kepada yang memerlukan/berminat.
SRITI menyediakan pengajian al-Quran dan Tahfiz di waktu
pagi manakala kurikulum yang diajar d SRITI merupakan integrasi di antara KSSR,
KAFA dan juga kurikulum khas SRITI iaitu KAFFAH.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
KHAIRUDDIN HUSIN
Pengurus SRITI Addirasah.
019-6139789
FB : Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Addirasah
SRITI Addirasah.
No. 3695 Jln RJ 6/3, Taman Rasah Jaya
70300 Seremban, N.Sembilan
(bersebelahan bangunan Telekom Tmn Rasah Jaya)
11.05.2015
KEM ASTRONOMI REMAJA MUSLIM
KEM ASTRONOMI REMAJA MUSLIM
Tarikh : 5 ke 6 Disember 2015
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
(SRIIDU), Jalan Senawang-Paroi, Seremban
- Terbuka kepada peserta lelaki & perempuan berumur 12
ke 19 tahun
- Terhad kepada 50 peserta sahaja, keutamaan yang daftar dan
bayar awal
- Yuran cuma RM 30
11.03.2015
HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND GLOBAL
FATWA KEBANGSAAN:
HUKUM PELABURAN YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT MECCA FUND
GLOBAL
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 – 11 Februari
2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund
Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan
yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi
kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya:
a. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada
syarat tertentu.
Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan
dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang
tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang
tertentu.
b. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha.
Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh
pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya,
sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya.
c. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.
Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang
menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha.
2. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh
Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah
dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh
pemilik syarikat, akan berlaku kehilangan modal dan berlaku ketidakpastian
terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga
bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan
perbuatan mengambil deposit secara haram.
3. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund
Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah
mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar
undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran
Bank Negara Malaysia (BNM).
4. Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak
terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.
Sila layari Portal e-Fatwa untuk keputusan terkini Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:
10.28.2015
Wakaf Kamus Bahasa Arab Program
Wakaf Kamus Bahasa Arab - Miftah AtTullab ini adalah
bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat
thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi
dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.
Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja, sudah
termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia yang
dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada
mana-mana pelajar yang memerlukan.
Kamus Miftah AtTullab bermaksud 'Kunci Pelajar'. Mengandungi
lebih 30,000 entri dan bersinonim serta memperkenalkan istilah-istilah moden
dan klasik seperti Syariah Islamiah, Kimia, Biologi, Falsafah,Psikologi, Undang-undang,
Politik, Ekonomi, Muzik, Sukan, Fizik, Perdagangan,Komputer, Mantik, Sastera
Arab dan lain-lain.
Keistimewaan:
- 30,000 entri B.Arab
- Pecahan entri B.Arab
- Kata eeerti B.Arab
- Makna B. Melayu dan B.Inggeris
- 900 muka surat
- 25 Istilah Moden & Klasik
- Pencarian Tanpa Kata Dasar
Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar
yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408
whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (tel/sms/whatsapp).
Kepada pelajar kurang berkemampuan yang memerlukan kamus
ini, sila isikan butiran di bawah ini dan hantar melalui whatsapp ke 0122267406
;
PERMOHONAN KAMUS BAHASA ARAB
Nama :
No KP :
Alamat penghantaran :
Tempat belajar :
Jurusan :
Tahun pengajian :
Nama bapa, ibu atau penjaga :
Alamat bapa, ibu atau penjaga :
No tel bapa, ibu atau penjaga :
Pekerjaan bapa, ibu atau penjaga :
Pendapatan bapa, ibu atau penjaga :
10.20.2015
SENARAI SEKOLAH PONDOK, TAHFIZ DAN MADRASAH DI N.SEMBILAN
SENARAI SEKOLAH PONDOK, TAHFIZ DAN
MADRASAH DI N.SEMBILAN
MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI
IBRAHIM
Alamat : Bongek Acheh , Jalan
Rembau-Tampin, Rembau
Hubungi : Ustaz Faizal 013-2300595
Maklumat lanjut di
http://madrasahbongek.blogspot.com
MADRASAH AZ ZAKIRIN
Alamat : Kg Padang Besar, Jalan
Bongek-Gadong, Chengkau, Rembau
Hubungi : Ustaz Zakaria bin Talib
Whatsapp 010-4019815 atau tel 019-2865129
Maklumat lanjut di
http://madrasahazzakirin.blogspot.com
SEKOLAH TAHFIZ ARABIC AL-GONTORY
(dijangka beroperasi Jan 2016)
Alamat : Kg. Bongek, Jalan
Chengkau-Pulau Mampat, Rembau
Hubungi : Ustaz Septian 0132646001
Maklumat lanjut di
http://tahfizalgontory.blogspot.com
MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH
Taman Rashidah Utama, Jalan
Senawang-Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul
Khusus
Tel / Fax : 06-6771232
MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN SERI PAGI
Persiaran Senawang 7, Taman Seri Pagi,
Senawang
Maklumat lanjut di
http://tahfizseripagi.blogspot.com
MADRASAH TAHFIZ AS SALIHIN
Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat, Seremban
Hubungi Ustaz Mohd Salleh bin Hamid
0102207865
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800
Nilai, N.Sembilan
Hubungi Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
MADRASAH TAHFIZ AL FALAH (MATAF)
(Madrasah Lelaki)
Masjid Lama Pedas Hilir,
Masjid Dr. Haji Mohammad Eusuff Teh
Lot 3303 Kariah Pedas Hilir
71400, Pedas, Rembau
Hubungi Setiausaha/Mudir Madrasah En
Azhar Shaharuddin 0122201967
MADRASAH TAHFIZ AL FALAH (MATAF)
(Madrasah Perempuan)
Kampung Sega Hulu, Kampung Sega,
71200 Rantau
Hubungi Setiausaha/Mudir Madrasah En
Azhar Shaharuddin 0122201967
Info lanjut di
http://madrasahtahfizalfalahseremban.blogspot.com
MADRASAH TAHFIZ AL QURAN DARUSSYIFA'
Km 7, Seri Repah, 73000 Tampin
Tel : 06-4418359
Hubungi Ustaz Mohd Sufian b Hj Ahmad
Shukri Al Hafiz, Tel 019-6854990
PUSAT PENDIDIKAN AL-QURAN AT-TOHIRIAH
No.457, Taman Selasih, Port Dickson
10.16.2015
Program Waqaf Bulanan dan Keluarga Angkat Madrasah Tahfiz As Salihin
Madrasah Tahfiz As Salihin di Jalan Tunku Kurshiah, Sikamat,
Seremban memberi peluang kepada orang ramai menyertai Program Waqaf Bulanan dan
Keluarga Angkat. Kebanyakan pelajar di madrasah ini datang dari keluarga susah,
anak-anak yatim serta anak-anak yatim piatu.
Pengajian, penginapan serta makan minum disediakan secara
percuma hasil sumbangan orang ramai. Kini terdapat seramai 36 orang pelajar di
madrasah ini.
Wakaf atau sumbangan bulanan yang ditawarkan ialah minima
RM30 untuk setiap orang pelajar.
Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz Mohd
Salleh bin Hamid 0102207865 atau disalurkan ke akaun Maybank 555014210761 atas
nama MAAHAD TAHFIZ AS SALIHIN
Madrasah ini juga mengalu-alukan sumbangan makanan kering
seperti beras, minyak masak dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)