8.25.2009

Pertandingan Hafazan dan Tilawah Remaja 31 Ogos 09 Seremban

PERTANDINGAN HAFAZAN & TILAWAH AL QURAN UNTUK REMAJA
TARIKH : 31 OGOS 2009 (ISNIN)
TEMPAT : SURAU AL-MUTTAQIN , TAMAN CENGAL UTAMA, SEREMBAN
MASA : 2.00 PTG – 6.00 PTG

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
EN. HELMI 019-2445736
HAJI AZHAR 019-6609529
PN. KAS 019-6230101
EN. OMAR 019-6699630

Terbuka kepada 2 kategori
- Tahap 1 (darjah 4 ke bawah)
- Tahap 2 (darjah 5 ke tingkatan 3)

Tarikh tutup penyertaan pada 29 Ogos 2009

Anjuran : ISMA Seremban dan Kelab Remaja ISMA

Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2009/08/25/hebahan-pertandingan-hafazan-tilawah-al-quran-remaja/

8.22.2009

Kem Luv alQuran dan Kembara Ramadan 1430H

KEM CINTA AL QURAN
Tarikh : 25 – 26 Ogos 2009 (Selasa-Rabu)
Tempat : Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) , Gemencheh

Yuran Penyertaan : RM 80 (termasuk penginapan, makanan, minuman dan bahan kursus)

Untuk keterangan lanjut hubungi :
E-REHAL Training and Services Sdn. Bhd.
No. 29-1, Jalan 28, Cempaka Commercial Centre,
70450 Senawang, N.Sembilan
Tel: 06-678 6931 , Fax: 06-679 1261
HP : 017-6461750 , E-mel : e-rehal@streamyx.com
Blog http://e-rehal.blogspot.com

***********************
KEMBARA RAMADHAN
Kembara Iman dan Ibadah
Tarikh : 8 – 9 Sep 2009 (Selasa-Rabu)
Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka

Yuran Penyertaan : RM 120 (termasuk penginapan, makanan, minuman dan bahan kursus)

Untuk keterangan lanjut hubungi :
E-REHAL Training and Services Sdn. Bhd.
Tel: 06-678 6931 , Fax: 06-679 1261
HP : 017-6461750 , E-mel : e-rehal@streamyx.com
Blog http://e-rehal.blogspot.com

8.19.2009

Doa Selamat dari H1N1 oleh Syeikh Tarikat Ahmadiyyah

Doa untuk keselamatan dan kesentosaan daripada segala penyakit (H1N1, Taun dan sebagainya) oleh :

Yg Bhg Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad
Syeikh Tarikat Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah Al-Rashidiyyah Al-Dandarawiyyah
Madrasah Al-Saidiyyah, Kg. Pondok Rasah
70300 Seremban

Boleh didapati di laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg

juga di Blog http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

8.18.2009

Solat Hajat Mohon Keselamatan 20 Ogos 09 Senawang

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat mohon keselamatan dari wabak penyakit
Khamis 20 Ogos 2009
Bermula Maghrib berjemaah
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

8.12.2009

95 peratus selesema ialah A H1N1 di Malaysia

Satu fakta , 95% penghidap selsema di Malaysia ini ialah A H1N1.

TAPI JANGAN PANIK. Ikut panduan Kementerian Kesihatan.
Jaga kebersihan diri dan persekitaran.
Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat serta seimbang.
Elakkan merokok.
Elakkan minum arak untuk yang bukan Islam.
Ingat Topeng Muka perlu ditukar selepas 4 ke 8 jam digunakan
Akhir sekali berdoa.

10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2006
Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk http://www.drazwan.blogspot.com

Kajian penting oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1.

DISEBABKAN OLEH PENYAKIT MENYERUPAI INFLUENZA (PMI) INI DISEBABKAN OLEH H1N1, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) MENCADANGKAN BAHAWA TIDAK PERLU LAGI UJIAN MAKMAL DIADAKAN UNTUK MENGESAHKAN KEHADIRAN H1N1 INI.

Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.

Artikel sepenuhnya di http://drazwan.blogspot.com/2009/08/wajib-baca-maklumat-h1n1-terkini.html

Artikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/34391-ah1n1-flu-updates-on-10-faqs--dr-david-kl-quek -

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Justeru itu semua pihak perlu memastikan semua rakyat faham dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut :

- Sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air
- Elakkan berada di tempat awam terutama yang sesak
- Pakai topeng muka (terutama yang ada tanda demam/selesema)
- Pakai tisu/sapu tangan ketika bersin/batuk
- Buang tisu yang telah digunakan dalam tong sampah
- Penjagaan kebersihan diri yang baik
- Penjagaan kebersihan persekitaran yang baik
- Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
- Banyak minum air
- Elakkan merokok
- Elakkan minum alkohol
- Dapatkan tidur yang cukup
- Rehat yang cukup
- Lakukan aktiviti fizikal yang sederhana

Golongan yang mempunyai risiko yang tinggi berbanding orang lain jika dijangkiti A H1N1 ini harus lebih berhati-hati iaitu :

- Wanita mengandung
- Obesiti
- Penghidap asma
- Pesakit paru-paru kronik
- Pesakit diabetes
- Pesakit yang mempunyai imuniti rendah

8.08.2009

Gangguan bekalan air di Seremban 11, 12 Ogos 09

SEREMBAN 6 Ogos - Beberapa kawasan sekitar daerah ini akan mengalami gangguan air selama 24 jam mulai pukul 8 malam pada 11 Ogos ini hingga 8 malam keesokannya.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, gangguan disebabkan kerja-kerja pengalihan paip air ekoran pembinaan Lebuh Raya Kajang - Silk (LEKAS) di Batu 6, Jalan Jelebu dekat sini.

Beliau berkata, kawasan terlibat ialah keseluruhan bandar Seremban, Seremban 2, Bandar Baru Nilai, Kuarters KLIA, Felda LBJ, Felda Sendayan, Kampung Gadong, Nilai 3, Taman Semarak, Pekan Lama Nilai, Kawasan Industri Berat Nilai dan sekitar Jalan Labu.

Seluruh Senawang, Taman Tuanku Ja'afar, Jalan Tampin, Jalan Port Dickson, Taman Tasek Jaya serta Kawasan Industri Tasek Jaya, Lenggeng dan kawasan sekitarnya termasuk Mantin, Pajam, Nilai, Staffield Golf Resort dan Ulu Beranang juga mengalami gangguan bekalan.

Ia juga melibatkan Rasah, Jalan Rasah, Hospital Tuanku Ja'afar, Rasah Jaya serta taman-taman perumahan di sekitar Rasah ke Mambau akan mengalami gangguan bekalan air sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, orang ramai yang memerlukan bekalan air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 atau 06-7653000, 06-7653001 dan 06-7639100.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

8.06.2009

H1N1 Panduan Memakai Topeng Muka


PANDUAN MEMAKAI TOPENG MUKA

1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk

Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN


Rujukan : How to Wear a Surgical Mask
http://www.hku.hk/uhs/avianflu/doc/surgical_mask_guide

8.05.2009

Kuliah Ustaz Dato Hj Arshad 7 Ogos 09 Senawang

KULIAH HADITH
Oleh Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Jumaat 7 Ogos 2009
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

8.03.2009

AKTIVITI EXPLORASI MINDA 16 Ogos 09 Senawang


AKTIVITI EXPLORASI MINDA Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang
Ahad 16 Ogos 09
Terbuka kepada SEMUA remaja berumur 13-20 tahun
Acara berkumpulan (2 orang satu kumpulan)
Penyertaan TERHAD sehingga 50 kumpulan pertama yang didaftarkan

Untuk perdaftaran SEGERA, sila hubungi Cik Atriza (013-6485597) atau Cik Najihah (013-9474951)

Hadiah yang ditawarkan
PERTAMA: RM 70 + hamper + set buku motivasi
KEDUA : RM50 + hamper + set buku motivasi
KETIGA : RM 30 + hamper + set buku motivasi
KEEMPAT – KEENAM : Hamper + set buku motivasi

ANJURAN NISA' REMBAU

Berikut merupakan senarai barangan jualan Muslimat Rembau Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang

Char Kuey Teow goreng panas (Gerai bermula maghrib 15 & 16 Ogos 2009).
Hanya yang mempunyai kupon sahaja boleh mendapatkan Char Kuey Teow ini. Kupon RM5 di kaunter muslimat
Air minuman
Satay goreng
Buah-buahan potong
Pakaian bundle serendah RM2-RM20
Buku-buku
CD
Poster dan stiker
T-shirt Muslimah