10.29.2008

Pendaftaran Pelajar Sek Ren Islam AsSaidiyyah 09 Kini Dibuka

Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban telah membuka pendaftaran pelajar untuk kemasukan tahun 2009 bermula 20 Oktober 2008 hingga 31 Disember 2008.

( Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah juga kini membuka pendaftaran untuk pelajar ke Tingkatan 1 hingga 5. Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.saidiyyah.com )

Untuk maklumat lanjut berkenaan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah hubungi Pejabat di 06-677197


HARI PERSEKOLAHAN SRIAS
( Tahap 1 – Pelajar Tahun 1 hingga 3 , Tahap 2 – Pelajar Tahun 4 hingga 6 )

Isnin , Selasa , Khamis : Tahap 1 ( 7:30 pg – 2 ptg ) , Tahap 2 ( 7:30 pg – 2 ptg )
Rabu : Tahap 1 ( 7:30 pg – 2 ptg ) , Tahap 2 ( 7:30 pg – 4 ptg )
Jumaat : Tahap 1 dan Tahap 2 ( 7:30 pg – 12 tgh )


PAKAIAN
Isnin , Selasa , Khamis
Lelaki : Kemeja putih lengan pendek , seluar panjang biru tua , songkok hitam , stokin hitam dan kasut hitam
Perempuan : Baju kurung putih , kain biru tua , tudung putih , stokin hitam dan kasut hitam

Rabu
Lelaki dan Perempuan Tahap 1 : Pakaian Sukan
Lelaki dan Perempuan Tahap 2 : Pakaian Syabab dan Fatayat

Jumaat
Lelaki : Baju Melayu putih , samping biru tua , songkok hitam , stokin hitam dan kasut hitam
Perempuan : Jubah biru tua , tudung putih , stokin hitam dan kasut hitam


BUKU
Pembelian buku teks dan buku tulis boleh didapati di Kedai Sekolah pada 1 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut hubungi 019-3389169 Pn Faizah atau 013-2596875 Cik Aina Sabihah


YURAN
Yuran Pendaftaran : RM 100 ( Pelajar Baru ) , RM 50 ( Pelajar Sedia Ada )
Yuran Bulanan : RM 150 ( 12 bulan atau RM 1800 setahun )
Yuran Semester 1 & 2 : RM 100 ( setahun )
Yuran Takaful : RM 3
Yuran PIBG : RM 20 ( satu keluarga )
Yuran Perpustakaan : RM 10
Yuran Sukan : RM 10
Yuran Peperiksaan : RM 50

( Jumlah Bayaran semasa pendaftaran untuk Pelajar Baru RM 443 , Pelajar Sedia Ada RM 393 )

Tawaran Iklan Majlis Ihtifal SRIAS 2008

Adalah dimaklumkan Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah (SRIAS) , Taman Rashidah Utama , Jalan Senawang-Paroi , Seremban akan mengadakan Majlis Ihtifal 2008 ( Majlis Penyampaian Anugerah ) pada hari Khamis 13 November 2008 jam 8 malam di Dataran SRIAS.

Sehubungan dengan itu pihak penganjur menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membuat pengiklanan dalam Buku Majlis Ihtifal.

Kos pengiklanan ialah RM 200 untuk satu muka , RM 100 untuk setengah muka dan RM 50 untuk suku muka.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-6582676 Muallimah Norashikin atau 017-2320699 Muallimah Siti Zaharah.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk menjayakan Majlis Ihtifal ini.