Wakaf Kamus Bahasa Arab - Miftah AtTullab ini adalah
bertujuan untuk memberi sumbangan kamus khusus untuk pelajar di peringkat
thanawi, menengah, madrasah, pengajian pondok serta di pusat pengajian tinggi
dalam serta luar negara, terutamanya para pelajar yang kurang berkemampuan.
Harga wakaf untuk satu naskhah ialah RM50 sahaja, sudah
termasuk kos penghantaran ke mana-mana tempat di Semenanjung Malaysia yang
dihajatkan oleh pewakaf atau terpulang kepada pihak kami untuk memberi kepada
mana-mana pelajar yang memerlukan.
Kamus Miftah AtTullab bermaksud 'Kunci Pelajar'. Mengandungi
lebih 30,000 entri dan bersinonim serta memperkenalkan istilah-istilah moden
dan klasik seperti Syariah Islamiah, Kimia, Biologi, Falsafah,Psikologi, Undang-undang,
Politik, Ekonomi, Muzik, Sukan, Fizik, Perdagangan,Komputer, Mantik, Sastera
Arab dan lain-lain.
Keistimewaan:
- 30,000 entri B.Arab
- Pecahan entri B.Arab
- Kata eeerti B.Arab
- Makna B. Melayu dan B.Inggeris
- 900 muka surat
- 25 Istilah Moden & Klasik
- Pencarian Tanpa Kata Dasar
Mereka yang ingin mewakafkan kamus ini kepada para pelajar
yang memerlukan sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431 (011-20578408
whatsapp) atau Hj Rozmal bin Malakan 012-2267406 (tel/sms/whatsapp).
Kepada pelajar kurang berkemampuan yang memerlukan kamus
ini, sila isikan butiran di bawah ini dan hantar melalui whatsapp ke 0122267406
;
PERMOHONAN KAMUS BAHASA ARAB
Nama :
No KP :
Alamat penghantaran :
Tempat belajar :
Jurusan :
Tahun pengajian :
Nama bapa, ibu atau penjaga :
Alamat bapa, ibu atau penjaga :
No tel bapa, ibu atau penjaga :
Pekerjaan bapa, ibu atau penjaga :
Pendapatan bapa, ibu atau penjaga :
No comments:
Post a Comment