Blog ini menyediakan maklumat berkatian pusat pengajian Islam dan lain-lain yang berkaitan di Negeri Sembilan
12.26.2013
12.23.2013
Marilah Kita Bantu Maahad Tahfiz di N.Sembilan
Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah di
Nilai, Negeri Sembilan memberi peluang kepada kita semua untuk
menambah amal jariah kita sebagai pelaburan yang berlipat kali ganda
untungnya di akhirat insyaAllah dengan menyumbang atau sebagai wakaf
untuk pembinaan 2 unit Kelas Hafazan Al Quran yang dianggarkan
berjumlah RM 25,000 sahaja.
Kepada mereka yang ingin menyumbang
keseluruhan, sebahagian atau sekadar kemampuan masing-masing sila
hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An
Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800
Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Sumbangan juga boleh disalurkan ke
akaun :
Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Quran An
Najihah
No akauan : Maybank 555108301296.
Kepada mereka yang tidak mampu untuk
menyumbang dalam bentuk kewangan, mohon doakan Maahad Tahfiz ini akan
mendapat sumbangan yang diharapkan serta bantulah kongsi “share”
atau sebarkan maklumat ini.
Kalau bukan kita yang bantu siapa lagi?
Siapa yang dapat pahala kalau kita yang
bantu?
12.16.2013
Program Bantuan Jom Ke Sekolah
Dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga
barangan, sebuah perkumpulan yang diberi nama “Anak Muda Islam Rembau – AMIR”
telah melancarkan Program Bantuan Jom Ke Sekolah untuk membantu meringankan
sedikit beban para pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan miskin dan
kurang berkemampuan yang akan masuk ke sesi persekolahan tahun 2014 nanti.
Kepada mereka yang ingin menyumbang, antara bentuk sumbangan
yang boleh disalurkan ialah :
1. Pakaian sekolah terpakai yang masih elok, bersih dan
digosok atau dilipat dengan kemas.
2. Pakaian sekolah yang baru.
3. Kasut sekolah terpakai yang masih elok serta bersih.
4. Beg sekolah terpakai yang masih elok serta bersih atau
beg sekolah yang baru.
Untuk sumbangan atau sebarang pertanyaan sila hubungi :
- Farhan 013-6608271
- Aliff 013-9756083
- Ikhwan 013-6350756
12.08.2013
Program Bahasa Arab Mudah 13 ke 15 Dis 2013 di Rembau
PROGRAM BAHASA ARAB MUDAH
Tarikh : 13,14 dan 15 Dis 2013 (Jumaat
ke Ahad)
Tempat : Dewan Kuliah Madrasah Islamiah
Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau
Bersama Ustaz Zulkarnain bin Itam, GPK
Maahad Ahmadi Gemencheh, Pemenang Anugerah Guru Inovasi Pengajaran
Bahasa Al-Quran N.Sembilan.
Hari dan Masa :
13 Dis, Jumaat : 2.30 ptg - 6.30
petang
14 Dis, Sabtu : 8.30 pagi - 6.30
petang
15 Dis, Ahad : 8.30 pagi - 4.30
petang
(Modul Kursus selama 16 jam )
Yuran : RM 30
Jumlah Peserta : Terhad 70 orang
peserta
Untuk pendaftaran sila hubungi Al
Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240
Maklumat lanjut