Satu fakta , 95% penghidap selsema di Malaysia ini ialah A H1N1.
TAPI JANGAN PANIK. Ikut panduan Kementerian Kesihatan.
Jaga kebersihan diri dan persekitaran.
Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat serta seimbang.
Elakkan merokok.
Elakkan minum arak untuk yang bukan Islam.
Ingat Topeng Muka perlu ditukar selepas 4 ke 8 jam digunakan
Akhir sekali berdoa.
10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2006
Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk
http://www.drazwan.blogspot.comKajian penting oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1.
DISEBABKAN OLEH PENYAKIT MENYERUPAI INFLUENZA (PMI) INI DISEBABKAN OLEH H1N1, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) MENCADANGKAN BAHAWA TIDAK PERLU LAGI UJIAN MAKMAL DIADAKAN UNTUK MENGESAHKAN KEHADIRAN H1N1 INI.
Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.
Artikel sepenuhnya di
http://drazwan.blogspot.com/2009/08/wajib-baca-maklumat-h1n1-terkini.htmlArtikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/34391-ah1n1-flu-updates-on-10-faqs--dr-david-kl-quek -
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Justeru itu semua pihak perlu memastikan semua rakyat faham dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut :
- Sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air
- Elakkan berada di tempat awam terutama yang sesak
- Pakai topeng muka (terutama yang ada tanda demam/selesema)
- Pakai tisu/sapu tangan ketika bersin/batuk
- Buang tisu yang telah digunakan dalam tong sampah
- Penjagaan kebersihan diri yang baik
- Penjagaan kebersihan persekitaran yang baik
- Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
- Banyak minum air
- Elakkan merokok
- Elakkan minum alkohol
- Dapatkan tidur yang cukup
- Rehat yang cukup
- Lakukan aktiviti fizikal yang sederhana
Golongan yang mempunyai risiko yang tinggi berbanding orang lain jika dijangkiti A H1N1 ini harus lebih berhati-hati iaitu :
- Wanita mengandung
- Obesiti
- Penghidap asma
- Pesakit paru-paru kronik
- Pesakit diabetes
- Pesakit yang mempunyai imuniti rendah