9.13.2017

Ustaz Lanun bangunkan tanah wakaf bagi tujuan sebar didikan agama kepada masyarakat setempat




Bina madrasah bantu remaja mendalami ilmu agama

REMBAU - Setelah menerima amanah seorang penduduk yang sudah meninggal dunia untuk membangunkan tanah seluas 1.6 hektar bagi tujuan pembangunan agama, sebuah Madrasah Az Zakirin dibina di Kampung Padang Besar, Bongek sejak 2007, oleh individu dikenali Ustaz Lanun.

Ustaz Lanun atau nama sebenarnya Zakaria Talib, 46, berkata, usaha itu bukanlah suatu yang mudah lebih- lebih lagi dia tidak mempunyai modal besar, justeru bergotong-royong bersama tiga rakan membina surau di atas tanah wakaf berkenaan terlebih dahulu.

“Tak ada jentera, hanya tulang empat kerat kami sahaja gali lubang guna tangan serta cangkul.

Dua tahun juga kami ambil masa untuk dirikan surau kecil bagi membolehkan mana-mana individu belajar al- Quran di sini.

“Dari surau kecil ini kami mula terima kedatangan remaja ke sini untuk mempelajari Islam.

Bermula dengan hanya empat pelajar kini madrasah ini menempatkan 40 pelajar berusia 12 hingga 36 tahun, memulakan aktiviti pengajian sejak sebelum Subuh lagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Madrasah Az Zakirin di Kampung Padang Besar, Bongek, kelmarin.

Menurutnya pelajar aliran sains Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah (Semenda) Astana Raja ini, sebaik selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1987, dia mula berhijrah ke Kelantan bagi mempelajari agama dengan lebih mendalam lagi.

“Kemudiannya saya teruskan pengajian sekolah pondok di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan di Seliau, Rantau, sebelum nekad ke Thailand untuk meneruskan pengajian.

Hampir lapan tahun juga saya dalami pengajian Islam di sekolah pondok iaitu dari 1987 hingga 1995 dan pulang ke kampung asal saya di Kampung Air Melintang, Astana Raja.

“Sebaik pulang ke sini, saya bertugas sebagai guru tahmir dan ajar agama di masjid-masjid khususnya di daerah ini.

Malah, saya juga beri ceramah dan kaunseling di sekolah di serata negeri ini khususnya di Rembau.

Hantar skrip dakwah agama ke Majalah Lanun

Ustaz Lanun berkata, pada 1997 dia cuba menghantar skrip dakwah agama yang mula ditulisnya sejak belajar di sekolah pondok ke penerbit Majalah Lanun di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak penerbitan melantiknya sebagai penasihat majalah dan setiap seminggu sekali dia akan pergi ke Kuala Lumpur menaiki bas untuk mengajar kelas agama kepada semua kakitangan Majalah Lanun berkenaan.

“Tak sangka pula selama dua tahun saya berulang-alik ke penerbitan majalah itu, terus masyarakat setempat panggil saya Ustaz Lanun.

Sehinggalah ke hari ini saya masih dikenali dengan nama yang sama serta meneruskan tugas dakwah di daerah sendiri," katanya.

Ustaz Lanun berkata, dia turut membuka Asrama Kasih Sayang sebelum mendirikan madrasah dengan menyewa rumah di Kampung Chenong, Chengkau, dan penghuninya 11 remaja yang pada masa itu terlalu terpengaruh dengan budaya skinhead.

Menurutnya, dia menguruskan asrama berkenaan selama hampir dua tahun, namun akhirnya terpaksa menutup asrama itu kerana tidak mencapai sasaran. “Pagi saya hantar kumpulan remaja ini ke sekolah, malamnya mereka belajar agama, hafal al-Quran dan kitab.

Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun agak sukar golongan ini untuk pulih sepenuhnya memandangkan mereka masih bercampur dengan rakan-rakan mereka yang lain.

“Saya tutup asrama ini dan selepas dua tahun ada penduduk yang menunaikan hajat arwah bapanya, Allahyarham Haji Sharif Zakaria untuk mewakafkan tanah bagi tujuan pembangunan agama Islam.

Menurutnya yang juga dikenali dengan nama pena Ibnu Zakirin, dia menerima amanah berkenaan dan kini sedang membantu kesemua 40 pelajar yang ada antaranya dari Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Selangor dalam mempelajari agama Islam.

Al-Quran penyembuh terbaik Ustaz Lanun berkata, kebanyakan yang datang ke madrasah merupakan golongan remaja yang ingin berubah serta memulihkan ketagihan sosial mereka.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan apa-apa rawatan pemulihan, namun kesemua pelajar yang datang diwajibkan bangun sebelum Subuh, solat tepat pada masanya, membaca dan menghafal al- Quran, mempelajari kitab dan juga kemahiran hidup.

“Ada yang tiga hari sudah pulih, namun ada juga yang ambil masa hingga 40 hari. Bagi saya, kaedah pengajaran saya adalah dengan mendekati al-Quran, baca dan hayati apa yang terkandung di dalamnya... itulah penyembuh terbaik.

“Walaupun begitu, saya hanya terima pelajar yang datang kerana niatnya ingin berubah dan bukannya atas paksaan ibu bapa. Jika ada ibu bapa yang datang hanya untuk melepaskan tanggungjawab mereka ke atas anak-anak mereka, saya akan tolak dengan baik.

Ustaz Lanun berkata, pada hari hari tertentu, ada sukarelawan yang datang dari Seremban dan juga penduduk setempat yang akan datang ke madrasah bagi mengajar mata pelajaran seperti Sains dan Bahasa Inggeris.

Pertanian, ternakan tampung belanja Aktiviti pertanian dan penternakan diusahakan, antara mata pencarian yang digunakan bagi menampung belanja keperluan madrasah.

Ustaz Lanun berkata, pihaknya ada menyewa tanah penduduk bagi mengusahakan tanaman pisang bagi perbelanjaan madrasah berkenaan.

“Ternakan seperti ayam, arnab, kambing dan lain-lain lagi pula adalah bagi makanan kami di sini.

Malah, saya juga terbitkan buku serta komik kecil sebanyak 40 jilid untuk dijual bagi menjana pendapatan madrasah ini.

“Belum pernah lagi saya hantar surat rasmi meminta bantuan tetapi atas bantuan mulut ke mulut, ada pihak yang datang hulurkan bantuan buat kami di madrasah ini.

Semuanya saya terima bagi pembangunan madrasah ini.

Ustaz Lanun berkata, dia juga kini merancang menambah blok asrama sedia ada bagi menempatkan pelajar yang terdiri daripada warga emas pula.

“Ada banyak pihak yang datang bertanya kepada saya tempat belajar orang tua ada tak.

Malah, ada juga orang yang sudah berusia nak tinggal di sini bagi belajar agama tapi saya katakan pada mereka saya tak mampu sediakan kemudahan itu lagi.

“Bagaimanapun, segala perancangan baik ini akan saya usahakan juga bagi membantu mereka dalami ajaran agama Islam,” katanya.

Sehubungan itu, individu yang berminat untuk menyampaikan bantuan pembangunan Madrasah Az Zakirin boleh menghulurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank 5622-4550-4173 atas nama Az Zaakiriin Global Ventures.

- SINAR HARIAN 17 Januari 2017  




7.05.2017

SENARAI MADRASAH, SEKOLAH TAHFIZ, RUMAH ANAK YATIM DI REMBAU.

SENARAI MADRASAH, SEKOLAH TAHFIZ, RUMAH ANAK YATIM DI REMBAU.



MADRASAH TAHFIZ SURAU SELEMAK ULU
Kg Selemak, Rembau
Hubungi: Imam Shaharuddin 0176078785, Ustaz Syazwan 0177320958, Ustaz Firdaus 0122319174

SEKOLAH TAHFIZ ARABIC AL-GONTORY
Chengkau, Rembau.
Untuk pelajar lelaki sahaja.
Hubungi : Ustaz Septian 0132646001, Pn Rusilah 0193572101.
http://tahfizalgontory.blogspot.my

MADRASAH AZ ZAKIRIN
Kg Padang Besar, Chengkau, Rembau.
Hubungi : Ustaz Zakaria bin Talib 010-4019815
http://madrasahazzakirin.blogspot.my

MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
Bongek, Rembau.
Untuk pelajar lelaki sahaja.
Hubungi : Ustaz Faizal 013-2300595
http://madrasahbongek.blogspot.my

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN FATHURRAHMAN
Kg Gadong, 71350 Kota, Rembau
Tel : 0196621522

DARUL TAHFEEZ AD DANDARAWIYAH
Untuk pelajar perempuan sahaja berumur 7 tahun ke 12 tahun.
Lot 2458 Seri Kendong , 71350 Kota.
Hubungi Pn Hjh Rina 016-5530025 atau 06-4381242

RUMAH ANAK YATIM DAN MISKIN PEYAKIN
47, Jalan DPK 7, Taman Desa Permai, Kundur, Rembau.
Untuk lelaki dan perempuan berumur dari 7 tahun ke 17 tahun.
Hubungi : Omar 0196955959, Ija 0192923359

3.09.2017

Pelekat cermin kereta logo Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim



Pelekat cermin kereta logo Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Ustaz Faizal 0132300595 dengan harga RM8 sahaja.


 

2.28.2017

Masjid-masjid lama sekitar N.Sembilan yang begitu tinggi nilai spiritual dan fizikal



Masjid-masjid lama sekitar N.Sembilan yang begitu tinggi nilai spiritual dan fizikal

Negeri Sembilan mempunyai banyak masjid lama yang tinggi nilai senibinanya, jika diurus dengan baik dapat menjadikan negeri ini tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara yang secara tidak langsung dapat mempertingkatkan ekonomi penduduk setempat.




Masjid Nerasau ; adalah masjid yang tertua di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Ia dibina pada tahun 1834 secara gotong royong oleh penduduk-penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahman. Bilangan penduduk yang menggunakan masjid ini ketika itu hanya 80 orang.

Masjid Chengkau Hulu ; terletak di Kampung Chengkau Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. Masjid ini dibina secara gotong royong penduduk yang diketuai oleh Undang Luak Rembau, Dato' Haji Sail, pada tahun 1870.

Masjid Seberang Paya ; ialah sebuah masjid yang terletak di kawasan Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Masjid ini pada asalnya mula dibina oleh Undang Luak Rembau Dato' Haji Sulong Ambia pada tahun 1915. Bagaimanapun hajat Dato' Haji Sulong ini tidak kesampaian kerana belum pun sempat masjid itu siap terbina telah berlaku ribut yang kencang di kawasan itu hingga menyebabkan roboh bangunan masjid ini. Bagaimanapun pada tahun 1918, sekali lagi Dato Haji Sulong dan orang-orangnya membina masjid ini sehinggalah terdirinya masjid ini.

Masjid Selemak ; terletak di Kampung Selemak, Rembau, Negeri Sembilan. Dibina pada tahun 1844 ia adalah antara masjid yang tertua di Negeri Sembilan. Pada masa ini terdapat kira-kira 200 orang ahli kariah yang menggunakan masjid ini untuk solat berjemaah.

Masjid Jamek Seremban ; Seremban Jamek Mosque is an old mosque in Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. It is located on the corners of Jalan Yam Tuan and Jalan Dato' Bandar Tunggal. Its architectural style is old Malaccan mosque style.

Masjid Kuala Dulang ; Kuala Dulang Mosque Situated at Kampung Peninjau, about 5 kilometre from Kuala Klawang town, this mosque is the oldest in Jelebu. It is believed to have been founded by Dato' Nika and Mudim Khatib Raja, two Muslim missionaries from Minangkabau, who came to spread Islam to Jelebu.

Sumber :

1.23.2017

Maahad Tahfiz Arabic Algontory perlukan sumbangan untuk beli van




Maahad Tahfiz Arabic Algontory di Rembau memerlukan sumbangan untuk membeli van terpakai anggaran harga RM15,000 untuk kegunaan maahad dan sangat diperlukan bagi menampung pelajar seramai 115 orang untuk kegunaan membawa pelajar pergi menunaikan solat Jumaat serta aktiviti lain. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun MAYBANK 562843505815 atas nama TARB AL GONTORY RESOURCES atau hubungi Ustaz Septian 0132646001

Jumlah terkumpul setakat 23 Januari 2017 ialah RM9,000

Sila sms/whatsapp jumlah yang dimasukkan dan nyatakan untuk duit van