5.30.2012

Mohon Sumbangan Bina Bilik Mandi Jenazah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin

PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.

PPR Senawang mempunyai 2 buah surau yang dibina di tingkat bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan penduduk di 12 buah blok, yang dianggarkan sejumlah 2000 orang yang beragama Islam.

Kedua-dua buah surau di PPR Senawang ini tidak mempunyai bilik pengurusan serta mandi jenazah.

Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter panjang dan 10 meter lebar.

Kawasan lapang tepi surau yang berkeluasan 5 meter X 5.3 meter adalah amat sesuai didirikan bilik mandi jenazah tersebut.

Anggaran kos pembinaan bilik mandi jenzah ini adalah sekitar RM 15,000.00

Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK Surau untuk mengutip sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa sumber lain untuk membina bilik mandi jenazah ini , namun ianya masih belum mencukupi.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan bilik pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang boleh disalurkan melalui akaun berikut ;

Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)

atau boleh juga menghubungi Pengerusi Surau PPR Senawang Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508

juga boleh dialamatkan ke :
Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan : PANS 196(09) 753-1/73

5.28.2012

Kem Motivasi Anak Hebat


Kem Motivasi Anak Hebat (KOMBAT)
4-6 Jun 2012, di SMKA Hj Hasan Sail, Pedas, N.Sembilan
Terbuka Kepada Semua Pelajar Berumur 13-17 Tahun
Hubungi Segera: 013-2756192 013-6613614

5.25.2012

Projek Wakaf Pondok Bacaan Sekolah Agama

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai projek wakaf pondok bacaan Sekolah Menengah Agama sila dapatkan maklumat lanjut di http://pibgsmadklana.blogspot.com/2012/05/projek-wakaf-pondok-bacaan.html

5.23.2012

Kembara Soleh Remaja 5 ke 7 Jun 2012 di Seremban

KEMBARA SOLEH 1434 H
TEMA : “Remaja Hari Ini, Daie Masa Hadapan”
Tarikh : 5 - 7 Jun 2012 (Selasa - Khamis)
Masa : 8 pg - 5.30 ptg
Tempat : Dewan PJ Perdana, Paroi, Seremban

Terhad kepada 100 orang peserta ( 8 - 15 tahun)
Yuran : RM 40

Hubungi : Hafizi 016-9276965 , Hafizi 019-3337427

Antara Aktiviti Yang Disediakan:-
- Tahsin Al Quran
- Bengkel Ibadah Solat
- Eksplorasi Minda
- Tayangan Video
- Riadhah santai

Cara Pendaftaran
SMS kan nama peserta beserta nombor kad pengenalan / sijil kelahiran ke nombor yang tertera pada iklan

Cara Pembayaran
1. BANK IN ke akaun CIMB Islamic : EICLASS MAJU (05130000759102) *
2. TUNAI ketika pendataran dihari pertama program.

* Untuk pembayaran BANK IN, sila simpan resit dan tunjukkan kepada urusetia pendaftaran pada hari pertama program bagi tujuan bukti pembayaran

Anjuran bersama : EIClass , iMumtaz , Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah

5.14.2012

Terapi Darussyifa 18 Mei 2012 di Rembau

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS
Tarikh : 18 Mei 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Jom Belajar Bahasa Mandarin di Kompleks As-Sa’adah

 

Kelas Bahasa Mandarin Bersiri
Setiap hari Sabtu dan Ahad
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Komplek As-Sa’adah , Seremban
Yuran : RM 30 sebulan
Pendaftaran : RM10
Sila hubungi : 06-7628835/ 012-3553047

Alamat :
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks As-Sa’adah
Jalan Mufti Ahmad
Lot 5417, Rahang Square
70100 Seremban
Negeri Sembilan
No tel : 06-7628835/ 012-3553047

5.13.2012

Restoran Masakan Cina Muslim


Kepada mereka yang meminati atau ingin mencuba masakan Cina Muslim boleh dapatkan di :
Restoran Hj Sharin Low 9,
24, Betaria Business Centre,
Jalan Durian Mas 3, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan
(belakang Pusat Zakat Negeri Sembilan)
Tel : 013-5533280

5.12.2012

Tawaran Waqaf dan Infaq SRII Tahfiz Darul Ulum


TAWARAN WAQAF DAN INFAQ
Pemilikan Tanah dan Pembangunan Kompleks SRII Tahfiz Darul Ulum, Seremban

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan melalui :
Nama akaun : SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB ISLAMIC : 05040000993100

Atau sila hubungi :
019-6500927 Al Fadhil Ustaz Mohd Khairi, Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum
019-6644320 Al Fadhil Ustaz Mohd Nazri, Bendahari SRII Tahfiz Darul Ulum

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

5.04.2012

Seminar Penghayatan Quran 10 Mei 2012 Seremban


SEMINAR PENGHAYATAN AL-QURAN
Tema : "Penghayatan Al-Quran Memperkukuh Legasi Sunnah"
Tarikh : 10 Mei 2012 , Khamis
Masa : 8 pg – 12 tgh
Tempat : Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban

Panelis Forum :
1. Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
2. Ustaz Muhd Asyraf Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)
3. Ustazah Nor Hafizah Musa (Panelis Tanyalah Ustazah)

Hadirin dan hadirat semua dijemput hadir