12.31.2009

Rayuan dari Maahad Tahfiz di Seremban




DANA BANGUNAN TAMBAHAN MAAHAD TAHFIZ AS-SA'IDIYYAH

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah , Seremban memohon mana-mana individu atau organisasi untuk menyumbang bagi menyiapkan bangunan sekolah ini.

ANGGARAN KEPERLUAN KEWANGAN

Pembangunan Infrastruktur :
1. Pembinaan Bangunan Tambahan 4 Tingkat RM 1, 118, 000.00
2. Baik pulih bangunan sedia ada RM 40, 000.00
3. Bangunan Asrama Pelajar RM 600, 000.00

Operasi :
1. Operasi Dalaman RM 720, 000.00


JENIS SUMBANGAN
A. Wakaf tapak bangunan (RM 100.00 /kaki persegi)
B. Derma wang ( Tunai / Cek / PO / MO / Transfer / Bank In )
C. Sumbangan material (hubungi kami untuk maklumat lanjut)


AKAUN SUMBANGAN / WAKAF
Nama Akaun : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
Nama Bank : Maybank (Senawang)
No. Akaun : 5551 2610 6603

HUBUNGI
Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah,
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel / Fax : 06-6771232
E-Mel : mtasns@yahoo.com / mtas@saidiyyah.com

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com/sumbangan.html

12.26.2009

Tahniah Maahad Tahfiz Seremban cemerlang PMR 2009

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah diatas peningkatan cemerlang keputusan PMR 2009 berbanding tahun 2008.

Keputusan PMR 2009 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah pada tahun ini saya dapati adalah lebih baik berbanding beberapa Sekolah Menengah Agama yang lain di Negeri Sembilan.

Tahniah kepada Guru-guru & Ibu bapa pelajar yang terlibat.

Untuk pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 tahun 2010 sila rujuk http://www.saidiyyah.com/

PMR 2009
9A - 1 Orang
8A - 2 Orang
7A - 1 Orang
6A - 1 Orang
Jumlah Calon : 29 Orang

PMR 2008
9A - Tiada
8A - 1 Orang
7A - 1 Orang
6A - Tiada
Jumlah Calon : 24 Orang


PROFIL PENGETUA Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah - Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad


Ustaz Mohamad Muhsin Bin Sheikh Ahmad Al-Hafiz dilahirkan pada 31/5/1948 di Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat didikan awal di Madrasah Al-Atas, Johor Baharu dan Maahad Tahfiz Al-Quran JAKIM, sehingga tahun 1966.

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir sehingga 1977 dan mendapat dua Ijazah, iaitu B.A. Syariah dan B.A. Al-Quran. Semasa itu juga beliau telah mendapat Ijazah Qiraat Tujuh.

Pernah bertugas di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras selama 5 ½ tahun. Kemudian di Universiti Islam Antarabangsa selama 9 tahun sebagai penyelaras kursus Al-Quran. Pensyarah di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hasanul Bolkiah, Brunei selama 6 tahun. Beliau menjadi anggota Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri selama 6 tahun, Lajnah semakan Al-Quran mashaf Uthmani selama 4 tahun, dan menganjurkan kursus Al-Quran untuk lebih 10,000 guru-guru Al-Quran Kementerian Pendidikan selama 6 tahun.

Beliau juga adalah salah seorang Hakim Fateh bagi Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Kini, beliau menjadi Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah di Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah, Seremban, sebuah pusat pendidikan Islam bersepadu. Juga sebagai Penasihat Persatuan hafiz Malaysia (PAHAM).

12.23.2009

Video kisah Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek


Kepada mereka yang ingin menonton video riwayat hidup Ulama dari Negeri Sembilan iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan (1907 – 1997 ) dari Kg Bongek , Rembau , Negeri Sembilan sila ke pautan berikut http://madrasahbongek.blogspot.com/2009/12/video-sambutan-70-tahun-madrasah-haji.html

12.20.2009

MOTIVASI Pelajar 25 27 Dis 09 Gunung Datuk Rembau


MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009
Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.
Yuran : RM 80
Penyertaan : 13-16 tahun. Terhad 100 peserta

ANTARA AKTIVITI MENARIK
- XPDC Mendaki Gunung Datuk
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Visi Intelligent
- Smart Solat
- Cabaran Survivor
- Banyak lagi

Hubungi :
En Hazwan Mohd Nor - 013-2987115 amierwan@gmail.com
Rahimi 014-8573695

Info lanjut di http://altis-academy.blogspot.com/2009/11/kem-motivasi-anak-kembali-ke-sekolah.html

12.18.2009

Program Khas STAM dan Tahfiz 2010 N9

PROGRAM PENGAJIAN ISTIMEWA
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : 10 Bulan
Tahfiz Al-Quran : 15 Bulan

* Program pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang unik …
* Belajar sambil membina ciri-ciri kepemimpinan sebagai Da’ie dan Murabbi
* Hanya calon yang lulus TEMUDUGA khas sahaja yang akan terpilih

Anjuran :
E-REHAL Training & Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah , Seremban

Pendaftaran dibuka sekarang
Terhad kepada 20 orang pelajar sahaja ( lelaki + perempuan )

Kelas bermula pada 11 Januari 2010

Yuran Pendaftaran RM 200

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
USTAZ SHAHRIN AWALUDIN
shahrinawaludin@yahoo.com
Tel : 017-646 1750

Yuran Pengajian PERCUMA (Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu)

Ramai remaja belasan tahun ketagih arak di N9

Penagih arak tegar cemar Felda Jelai 1
Sinar Harian 17 Dis 09

GEMAS – Felda yang diilhamkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein seakan-akan dirosakkan segelintir warganya di Felda Jelai 1, di sini, yang tanpa segan silu meminum arak.

Tambah menyedihkan, masalah penagihan arak haram ini dialami masyarakat pelbagai lapisan umur merangkumi remaja belasan tahun, dewasa dan warga emas yang meminumnya di khalayak ramai.

Umat Islam diharamkan meminum arak, namun lain pula di kawasan ini apabila segelintir warganya seolah-olah tidak menghiraukan ketetapan hukum yang sudah ditetapkan Allah SWT.

Sinar Harian difahamkan, arak haram ini mudah didapati selain kadar harga yang murah dan dijual peneroka berbangsa India dan Cina sekali gus menjadikan ia bagaikan barangan runcit harian yang diperlukan segelintir warga Felda Jelai 1.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6186795.asp

ARAK DAN JUDI , MUSUH NO 1 UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Sokong Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi di http://pmbaj.blogspot.com

12.05.2009

Tawaran Saham Maahad Tahfiz, keuntungan berganda




Maahad Tahfiz As-Sai’diyyah (MTAS) di Taman Rashidah Utama , Seremban sedang mengusahakan bangunan tambahan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sambil menambahkan lagi Saham di akhirat dengan jaminan keuntungan berlipat kali ganda insyaAllah , bolehlah menghubungi pihak pengurusan MTAS iaitu :

012-3263452 Ustaz Mohd Muhsin bin Sheikh Ahmad
012-6188038 Ustaz Yusri bin Mohd

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi,
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-6771232
Fax : 06-6771232
Laman web http://www.saidiyyah.com/

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui :
Bank Islam, No. Akaun : 05 012 0100471 02
Atas nama : Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah

Gambar Bangunan MTAS sedia ada dan tapak bangunan tambahan di
http://puspa-ns.blogspot.com/2009/11/gambar-maahad-tahfiz-as-saidiyyah.html

ANDA MENYUMBANG , ANDA TENANG