7.21.2008

Tahniah SRIAS , sertai Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min

Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Soutus Sa’idiyyah yang terdiri dari kumpulan pelajar-pelajar lelaki Sekolah Rendah Islam As-Sa’diyyah yang telah menyertai Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min peringkat Negeri Sembilan di Pasaraya Giant Senawang pada 20 Julai 2008. Apa yang kita banggakan ialah dari 11 kumpulan nasyid yang bertanding dari seluruh Negeri Sembilan , hanya satu sahaja kumpulan nasyid lelaki, iaitu Soutus Sa’idiyyah.

Walaupun pelajar-pelajar ini hanya mendapat notis seminggu untuk menyertai pertandingan ini, mereka telah memberikan persembahan yang baik dan mantap, terutama dari sudut iringan muzik. Walaupun mereka tidak menjuarai pertandingan ini tetapi mereka telah mendapat tempat kelima.

Tahniah juga kepada guru-guru yang bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar kepada kumpulan ini, juga kepada guru-guru, ibu bapa dan keluarga yang memberikan sokongan moral.

Adalah diharapkan agar kumpulan nasyid ini akan dapat dikekalkan dan dimantapkan lagi agar ianya menjadi aktiviti yang memberi manafaat kepada semua pihak.

Pertandingan Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min adalah merupakan anjuran Ubat Gigi Mu’min http://www.halaltoothpaste.com.my , Nasyeed Dot Com http://www.nasyeed.com dan Pasaraya Giant.